Rabu, 8 Januari 2014

Tabarruj (Berhias Yang Dilarang)

Pengertian Tabarruj.Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan : “Wa al-tabarruj: idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian lelaki bukan mahram.”Di dalam kitab Zaad al-Masiir dinyatakan : “Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya. Sedangkan menurut al-Zujaj; tabarruj adalah menampakkan perhiasaan, dan semua hal yang bisa merangsang syahwat lelaki."Sedangkan sifat-sifat tabarruj di zaman jahiliyyah ada enam pendapat :Pertama : Seorang wanita yang keluar dari rumah dan berjalan diantara lelaki. Pendapat seperti ini dipegang oleh Mujahid. Kedua : Wanita yang berjalan berlenggang lenggok dan penuh gaya dan genit. Ini adalah pendapat Qatadah. Ketiga : Wanita yang memakai wangian. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Abi Najih. Keempat : Wanita yang mengenakan pakaian yang terbuat dari batu permata, kemudian ia memakainya, dan berjalan di tengah jalan. Ini adalah pendapat al-Kalabiy. Kelima : Wanita yang mengenakan kerudung (tudung) namun tidak menutupnya, hingga anting-anting dan kalungnya (rantai) terlihat.”Larangan Bertabarruj.Pada dasarnya, Islam telah melarang wanita melakukan tabarruj (menampakkan perhiasannya). Dengan kata lain, tabarruj adalah hukum lain yang berbeza dengan hukum menutup aurat dan hukum wanita mengenakan tudung dan jilbab.Adapun larangan tabarruj telah ditetapkan Allah SWT di dalam Surah Al-Nuur ayat 60. Allah SWT berfirman:“Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haid dan kehamilan yang tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya (tabarruj).” (Al-Nuur:60)Mafhum muwafaqah ayat ini adalah, “Jika wanita-wanita tua yang telah "putus haid" saja dilarang melakukan tabarruj, lebih-lebih lagi wanita-wanita yang belum tua dan masih punya keinginan nikah.”Perbuatan yang termasuk Kategori Tabarruj.Banyak hadith yang melarang setiap perbuatan yang dikategorikan sebagai tabarruj, diantaranya adalah sebagai berikut : 1. Mengenakan Pakaian Nipis dan KetatWanita yang mengenakan pakaian tipis, atau memakai busana ketat dan merangsang termasuk dalam kategori tabarruj.Nabi SAW bersabda:“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti seekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggang-lenggok dan berlagak. Mereka tidak akan dapat masuk surga dan mencium baunya. Padahal, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” (HR Imam Muslim)Ketika mentafsirkan maksud “mutabarrijaat” yang terdapat di dalam Surah Al-Nuur ayat 60, Imam Ibnu al-’Arabiy menyatakan :“Termasuk tabarruj, seorang wanita yang mengenakan pakaian tipis yang menampakkan warna kulitnya. Inilah yang dimaksud dengan sabda Rasulullah SAW yang terdapat di dalam hadith sahih, “Betapa banyak wanita-wanita yang telanjang, berpakaian tipis merangsang, dan berlenggak-lenggok. Mereka tidak akan masuk ke dalam surga dan mencium baunya.” (HR Imam Bukhari)Ini disebabkan, jika pakaiannya nipis, yang boleh menampakkan dirinya, dan ini adalah haram.”2. Mengenakan Wangian Di Hadapan Lelaki yang Bukan MahramNabi SAW bersabda,“Siapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, bererti ia telah berzina.” (HR Imam al-Nasaaiy)Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda,“Setiap wanita yang memakai wangian, janganlah ia mengerjakan solat ‘Isya’ bersama kami.” (HR Muslim)“Siapa saja wanita yang mengenakan bakhur, janganlah dia menghadiri solat ‘Isya’ yang terakhir bersama kami.” (HR Muslim)Menurut Ibnu Abi Najih, wanita yang keluar rumah dengan memakai wangi-wangian termasuk dalam kategori tabarruj jahiliyyah. Oleh kerana itu, seorang wanita Mukminat dilarang keluar rumah atau berada di antara lelaki dengan mengenakan wangian yang dominan baunya. Adapun sifat wangian bagi wanita Mukminat adalah tidak ketara baunya. Ketentuan seperti ini didasarkan pada sabda Rasulullah SAW,“Ketahuilah, minyak wangi lelaki adalah yang tercium baunya, dan tidak terlihat warnanya. Sedangkan perfume wanita adalah yang tampak warnanya dan tidak tercium baunya.” (HR Imam Ahmad dan Abu Dawud)3. Berhias terhadap lelaki-lelaki asing (bukan mahram atau suaminya)Seorang wanita diharamkan berhias untuk selain suaminya. Ini kerana, tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj. Dalam sebuah hadith diriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda,“Seorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya.” (HR Imam Ahmad, Abu Dawud, dan al-Nasaaiy)4. Berdandan BerlebihanTermasuk tabarruj adalah berdandan atau bersolek dengan tidak seperti biasanya. Misalnya, memakai bedak dengan tebal, eye shadow, lipstik dengan warna menjolok dan sebagainya. Sebab, tindakan-tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj secara definitif. Imam Bukhari menyatakan, bahawa tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.”Larangan tersebut juga telah disebutkan dalam al-Quran. Allah SWT berfirman : “Janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (Al-Nuur:31)Ayat ini juga menunjukkan keharaman melakukan tabarruj. Sedangkan definisi tabarruj adalah idzhaar al-ziinah wa al-mahaasin li al-ajaanib (menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki yang bukan mahram). Jika dinyatakan, seorang wanita telah bertabarruj, ertinya, wanita itu telah menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada orang yang bukan mahramnya. Atas dasar itu, setiap perbuatan mengenakan perhiasan atau menampakkan kecantikan yang akan mengundang pandangan kaum lelaki termasuk dalam tindakan tabarruj yang dilarang.Berdandan minor (dengan kadar sedikit), baik dengan lipstik, bedak, eye shadow, dan lain sebagainya dipandang merupakan tindakan tabarruj. Sebabnya, semua tindakan ini ditujukan untuk menampakkan kecantikan dirinya, kepada orang yang bukan mahram.5. Membuka Sebahagian AuratWanita yang mengenakan topi kepala tanpa bertudung, mengenakan celana tanpa mengenakan jilbab, memakai tudung tetapi rantai dan anting-antingnya kelihatan dan sebagainya, termasuk dalam tabarruj.Dalil yang menunjukkan hal ini adalah sabda Rasulullah SAW,“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya iaitu, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia, dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggang-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti bonggol unta. Mereka tidak akan dapat masuk ke syurga dan mencium baunya. Sedangkan, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” (HR Imam Muslim)Di dalam Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi berkata,“Hadith ini termasuk salah satu mukjizat kenabian. Sungguh, akan muncul kedua golongan itu. Hadith ini membincangkan mengenai celaan kepada dua golongan tersebut. Sedangkan ulama lain berpendapat, bahawa mereka adalah wanita-wanita yang menutup sebagian tubuhnya, dan menyingkap sebahagian tubuhnya yang lain, untuk menampakkan kecantikannya atau kerana tujuan yang lain.”Menggelung rambut hingga besar seperti bonggol unta, juga termasuk tindakan tabarruj yang diharamkan di dalam Islam. Sayangnya, perbuatan menggelung rambut seperti telah menjadi budaya dan fesyen di tengah-tengah masyarakat, dan mereka tidak menyedari bahawa hal itu termasuk perbuatan yang diharamkan oleh Allah SWT.6. Menghilangkan Tahi Lalat dan Meratakan Gigi.Wanita dan lelaki juga dilarang menghilangkan tahi lalat dan meratakan giginya agar kelihatan lebih cantik. Dari Ibnu Umar RA diriwayatkan, bahawasanya Rasulullah SAW mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang disambung rambutnya, serta orang yang membuat tahi lalat dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat.” (HR Bukhari dan Muslim)Dalam riwayat lain dituturkan, bahawa Ibnu Mas’ud ra berkata,“Allah melaknat orang yang membuat tahi lalat, dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat, orang yang mencukur keningnya, dan orang yang mengikis giginya (meratakan gigi dengan alat) dengan maksud untuk memperindah dengan mengubah ciptaan Allah." Kemudian Ummu Ya’qub menegurnya, ”Apa ini?” Ibnu Mas’ud RA berkata, “Mengapa saya tidak mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam kitab Allah, Allah SWT berfirman, “Apapun yang disampaikan oleh Rasul kepadamu, laksanakanlah dan apa pun yang dilarangnya maka jauhilah.” (HR Bukhari dan Muslim)Sesungguhnya, perbuatan-perbuatan yang terkategori tabarruj masih banyak, tidak hanya perbuatan-perbuatan yang telah dijelaskan di atas. Masih banyak perbuatan-perbuatan lain yang termasuk tabarruj.Kesimpulan.Melalui pemahaman terhadap dalil-dalil yang telah disebutkan, maka tindakan tabarruj seorang wanita dalam hukum syara’ adalah setiap upaya mengenakan perhiasan ataupun menampakkan perhiasaan dan kecantikannya yang mampu mengundang pandangan lelaki bukan mahram untuk memperhatikan dirinya (idzhaar al-ziinah wa al-mahaasin li al-ajaanib)Sedangkan berhiasnya seorang isteri di hadapan suaminya atau berdandannya seorang isteri ketika ada di rumah, adalah tindakan yang diperbolehkan tanpa ada khilaf. (perbezaan pendapat)Tabarruj adalah perbuatan haram dan berbahaya bagi kehidupan kaum Muslim. Sudah seharusnya setiap Muslimah memahami makna tabarruj ini, sehingga mereka dapat memperhatikan pakaian, perhiasan, "perfume", gaya berjalan (sikap tubuh), aksesori yang mereka gunakan pada pakaian mereka agar tidak menarik dan mengundang pandangan lelaki bukan mahram kepada dirinya. Kerana jika hal tersebut berlaku, maka perbuatan tersebut termasuk tabarruj. Wallahu’alam.

Ahad, 8 Disember 2013

Riba 3

Kepada yang masih tak faham-faham apa itu riba...riba ni sebenarnya ada banyak jenis...yang paling famous sekarang ialah riba duyun atau riba yang melibatkan hutang a.k.a interest/duit bunga. Kepada yang faham bab ekonomi,mereka akan faham bahawa tidak ada seorang manusia pun pada hari ini yang terlepas dari riba sebab sistem wang kertas (duit kertas) tu sendiri adalah RIBA...Kepada yang masih meroyan harga barang naik, harga itu ini naik, fahamilah konspirasi Dajjal yang sebenarnya iaitu hakikatnya ialah tak ada satu barang pun harganya naik...sebenarnya nilai duit kita yang semakin hari semakin turun sebab sistem duit kertas adalah sistem riba yang menghancurkan tamadun manusia...ia semakin menekan manusia dan jadikan manusia "hamba selepas merdeka"....Hanya dinar(emas) dan dirham(perak) sahaja yang kekal harganya sejak zaman Rasulullah sehinggalah ke hari ini...Buktinya ialah, dalam hadis ada menceritakan bahawa seorang sahabat nabi membeli seekor kambing yang berharga 1 Dinar (lebih kurang RM700±) dan pada hari ini,1 Dinar itu juga boleh beli seekor kambing. Pelik betul, kenapa harga kambing tak naik-naik sejak zaman Nabi?Jadi harga barang yang naik ke atau wang kertas semakin tak berguna?Zaman atok nenek kita dulu kalau ada orang gaji sebulan seribu, dia boleh hidup mewah dengan kereta mewah,banglo mewah,tapi zaman sekarang seribu tu gaji orang keje kilang je,itu pun cukup-cukup makan...Dan satu hari nanti, yang bangga ada berjuta-juta dalam akaun tu nanti akan jatuh miskin dan semua paper money nya tu seharga wang "jutaria" atau wang "saidina" sahaja...Sebab apa wang kertas semakin tak berguna? Sebab ia terlampau banyak dicetak.. Sebab apa ia terlampau banyak dicetak? Sebab terlampau ramai yang nak pinjam dan makan riba.. Sebab apa nak pinjam? Sebab nak hidup mewah,ada kereta canggih,rumah mewah,handphone mahal..Maka kami ucapkan Selamat Datang ke syurga Dajjal~ Kepada yang benak,teruskan anda dalam syurga anda, kepada yang Allah bagi faham, segeralah tinggalkan "syurga" itu dan hidup lah sederhana,serta tukarlah wang anda dalam bentuk aset sebenar seperti emas,perak,hartanah dll sebelum Dajjal sebenar muncul dan switch off semua digit nombor dalam akaun seluruh dunia...Jangan korang fikir "duit" korang "selamat" bila korang masukkan dalam bank...Duit tu sebenarnya "hilang" (kerana membayar "bunga") dan diganti dengan "nombor" yang tertera dalam "skrin"...Kita kena faham akhir zaman merupakan "klimaks" kepada sebuah "filem" dan iblis telah tunggu saat ini sekian lamanya, iaitu saat dia dapat merekrut berjuta-juta anak adam ke neraka seperti yang disabdakan Rasulullah mahfumnya akhir zaman kelak, dalam nisbah 1000 orang, 999 akan ke neraka dan seorang sahaja yang akan syurga...Berhati-hatilah Sahabat...Kita menunggu "penyelamat" kita yang bakal hapuskan semua kezaliman ini, yang akan hapuskan semua bank-bank laknatullahi'alaihim dan diganti dengan baitul mal dan sistem dinar dan dirham....Ramai orang komplen pasal duit,pasal pinjaman pelajaran bla bla bla...komplen je apa boleh jadi?Inilah masanya kita bangun berganding bahu bangunkan "bank" kita sendiri untuk saling bantu membantu..Saya dah mula network bisnes saya, dan dengan izin Allah saya dah berjaya buka beberapa bisnes, dengan harapan bila dah berjaya merampas kembali "rezeki" umat islam, kita akan sebarkan pada semua muslim secara percuma...tak perlu risau lagi pinjaman itu ini sebab "baitul mal" akan membantu...saya dan network bisnes saya telah pun berjanji untuk berbisnes kerana Allah dan semata-mata untuk membantu umat Islam...kalau kami berjaya,Insyaallah kita akan bantu semua muslim untuk memiliki rumah, kereta, motor, pelajaran TANPA RIBA...Seperti yang berlaku pada zaman khalifah umar bin abdul aziz..semua rakyat kaya raya sampai tak ada yang layak terima zakat sebab kemiskinan terhapus 100%...kerana riba ketika itu habis dipijak-pijak umat Islam,maka Allah kayakan seluruh dunia secara sama rata...Sekarang kita dikelilingi riba..dan jangan hairan kenapa sejak perang dunia pertama(wang kertas riba mula dicipta) sampai hari ini, manusia menjadi "binatang" dengan begitu mudah...sebabnya,Allah dah isytihar perang pada riba, maka siapa yang makan riba, hatinya akan hitam legam..jadi jangan hairan kenapa "budak zaman sekarang macam ni"...sedangkan tamadun manusia sejak nabi adam penuh dengan adab,kebaikan,tatatusila kecuali beberapa kaum,itu pun Allah hantar nabi untuk betulkan kaum tu,dan kalau degil,Allah hapuskan kaum tu dan ganti dengan kaum lain yang lebih baik.Semoga Allah beri kita faham dan selamatkan kita daripada menjadi mangsa "syurga" Dajjal...korang boleh pilih untuk hidup "bermewah" kat dunia akhir zaman ni...itu hak korang..Tapi jangan cakap Nabi dan ulama tak bagi amaran tentang "syurga Dajjal" ni...

Riba 2

Secara psikologinya, manusia perlu diberi pelbagai ancaman demi ancaman supaya mereka "tersedar" daripada mimpi palsu mereka. Apabila mereka "tersedar" maka mereka akan mencarikan "penyelesaian"...Tak kurang juga ada yang masih tidur nyenyak dalam mimpi riba dan mengigau bertanya dengan nada mengejek:"jangan hanya hukum haram halal sana sini,berikan juga penyelesaian"Puak-puak mengigau ni kalau bagi sejuta penyelesaian pun mereka tetap tak berubah apa-apa dan terus tenggelam dalam mimpi mereka kerana hanya orang bodoh sahaja yang bercakap soal "penyelesaian" dengan orang yang sedang tidur+mengigau pulak tu.Sengaja saya tidak sertakan penyelesaian kerana dunia kini telah pun dipenuhi dengan pengikut-pengikut Dajjal yang sememangnya dalam IC mereka tulis "Islam". Golongan muslim pengikut Dajjal ni akan melolong melalak kepada muslim sejati yang tidak mahu mengikut Dajjal dengan menjanjikan pelbagai ketakutan kemiskinan supaya mereka juga mengikuti Dajjal seperti:"Semua benda tak boleh,tak kan nak duduk dengan anak bini bawah jambatan?""Nak masuk U kena pinjam duit riba, kalau tak masuk U nanti nak bagi anak bini makan apa? Pasir jerlus?""Susah lah macam tu,nak pakai kereta tak boleh,nak beli cash tak mampu,macam mana nak pergi kerja?nak guna untuk berkhidmat pada keluarga dan agama?"Macam-macam lagilah..malas saya nak cakap...kalau puak-puak ni dah tepu dengan kenikmatan "syurga" Dajjal, maka bagi lah penyelesaian apa pun mereka tak mungkin akan tinggalkan "syurga" ciptaan Dajjal tu.Bagaimana mungkin kita tidak menangis apabila kekasih dunia akhiratku yang tercinta,yang ku sanggup mati seribu kali untuknya,tetapi tidak mungkin sanggup walau tercalar duri pada kakinya,Iaitu habibi mustofa, telah bersabda:“Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa syurga dan neraka, nerakanya adalah surga dan syurganya adalah neraka.” (HR. Muslim).Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah Saw. bersabda:“Inginkah kamu sekalian aku beritahukan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang Nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang dengan membawa sesuatu seperti syurga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya syurga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya.” (HR. Muslim).Tahukah kalian bahawa dosa mengambil riba itu menjanjikan kita untuk dihumban ke NERAKA SELAMA-LAMANYA?Tahukah kalian bahawa yang dihumban itu bukan sahaja pemakan riba, tetapi juga PEMBERI RIBA, penulis rekod tentang riba tu (pekerja bank/ah long) dan dua orang saksinya?Tahukah kalian bahawa Dajjal telah datang ke dunia ini dengan memperkenalkan pelbagai kecanggihan,kemewahan, kehebatan alatan dunia seperti RUMAH BESAR dan moden, kereta MEWAH dan lain-lain yang PERSIS seperti sabdaan Nabi bahawa Dajjal akan datang ke dunia ini dengan membawa "SYURGA"?Tahukah kalian bahawa golongan bodoh dan tertipu yang mabuk dengan "Syurga" dibawa Dajjal itu pula jika ingin merasa syurga itu disyaratkan merasa ia dengan mengambil RIBA yang menjanjikan NERAKA?Maka apakah kalian faham maksud sabdaan nabi bahawa "syurga" yang dibawa Dajjal itu HAKIKATNYA adalah NERAKA?Apakah kalian tidak tahu bahawa fitnah dajjal ini akan merebak ke seluruh dunia "memurtadkan" seluruh pengikutnya?Dan hanya segelintir kecil sahaja yang selamat yang akan berjuang bersama Al-Mahdi dan Nabi Isa untuk membunuh Dajjal Laknatullahi'alaih?Belum sedarkah wahai orang yang tiduuurrr?? Belum sedarkah wahai orang yang mimpiii?? Belum sedarkah wahai orang yang ngigauuu??Kita disajikan "syurga" dan "neraka" oleh Dajjal dan Nabi telah menyatakan SATU sahaja penyelesaiannya apabila itu berlaku, iaitu memilih "NERAKA". Nabi tak suruh "islamisasikan" atau letak cop halal JAKIM kat "syurga" Dajjal tu supaya jadi Halal,tapi Nabi suruh pilih "neraka" je.So secara sederhananya, kita ada 2 penyelesaian:1) Boleh masuk "syurga" Dajjal itu dengan menggunakan "tiket" syurga yang diislamisasikan dan difatwa halal oleh para ulama akhir zaman.2) Masuk je "neraka" Dajjal tu seperti yang diperintahkan Nabi Muhammad kita.So saya tak boleh dan tak akan halang kalau korang nak pergi ke perbankan islam ke apa ke, itu hak korang, fatwa dah cakap halal.Tapi saya secara peribadinya memilih jalan takwa, jalan yang dijanjikan "syurga" oleh lidah Nabi sendiri iaitu terjun terus ke "neraka" Dajjal.Sejak saya "sedar" akan kehadiran "syurga" Dajjal ni, saya berazam untuk tidak masuk U kerana ia akan memaksa saya untuk "membeli tiket syurga Dajjal". Dan saya rasa umat tak akan rugi apa-apa bila 1 billion umat Islam wujud atas bumi ni, hanya SEORANG sahaja yang tak pergi U..tak akan rugi apa-apa, jangan cakap: "kalau semua tak masuk U,rosaklah umat,sape nak jadi itu ini, bla bla bla".Jangan risau sebab umat tak rugi apa-apa, yang tak masuk U tu saya sorang, yang baca tulisan saya ni beberapa ratus orang je, dan beberapa ratus orang tu pulak hanya akan like, komen, ngutuk, dan teruskan hidup macam biasa tanpa apa-apa tindakan. So hakikatnya tetap saya sorang je yang tak masuk U tu, jadi tak perlulah takut akan perkara yang TAK AKAN WUJUD. Dan saya tak de pulak cakap jangan masuk U. Kalau korang ada otak, dapat biasiswa, pergi lah belajar free. Atau pun,mintak lah pinjaman MARA yang korang kena bayar ikut kepandaian otak korang, kalau korang pandai,tak perlu bayar, kalau korang bodo,malas belajar,masuk U bukan belajar tapi sibuk berkapel,berdating,tengok naruto,main game sampai ke pagi, memang patut pun orang macam korang ni kena "berhutang" dan tak layak dapat pelajaran percuma. Dasar Melayu tak syukur!Dan jugak kalau mak bapak korang kaya, masuk lah U, bayar cash semuanya. Silakan,silakan,korang ada pilihan...Saya pulak pilih tak pergi terus sebab family saya miskin,kalau nak masuk jugak,terpaksa makan api. Lebih baik orang anggap saya bodoh di dunia (sebab tak masuk U dan tak ada sijil) daripada saya betul-betul jadi orang bodoh kat akhirat yang makan api penuh dalam perut.Tapi miskin-miskin saya pun, saya usaha amal sunnah nabi dan buat bisnes sejak kecil dan ketika berumur 17 tahun saya ada company saya sendiri dan saya dah pun berjaya travel ke seluruh dunia, dah hampir 10 negara saya lawat masa umur 18 tahun tanpa buat loan bank ke apekejadah ke. Semuanya CASH.Sekarang saya berumur 23 TAHUN (lahir 1990), dan tinggal di Afrika Selatan (sambil belajar di madrasah) bersama anak isteri saya dan harga minyak kat sini RM4.20 seliter (orang Malaysia minyak murah masih tak nak syukur) , harga barang sini semuanya berganda-ganda mahal, tapi saya tetap ada kereta sendiri beli CASH, ada skuter jugak beli CASH dan nak beli rumah tak mampu, jadi saya sewa,dan semurah-murah sewa rumah kat sini adalah RM550 tak termasuk api dan air. Kos hidup saya kat sini paling minimum RM1500 sebulan, dan saya tak kerja, tak dapat zakat (sebab belajar kat madrasah yang tak diiktiraf kerajaan), tak ada biasiswa dan Semuanya tu saya bayar tanpa sentuh sikit pun duit mak bapak saya (diorang pun tak da duit nak bagi)Tak ade pulak anak bini saya duduk bawah jambatan?Tak ade pulak anak bini saya makan pasir sebab saya tak masuk U?Macam mana saya buat semua ni?Saya hanya boleh jawab:"Yang pertama sekali seseorang itu perlu jadikan Allah sebagai tuhannya, bukannya sijil U, kerja, kedai yang merupakan tuhan orang Melayu pada hari ini. Apabila seseorang itu telah buat keputusan untuk setia pada Allah dan Rasul lalu memilih "neraka" Dajjal,maka Allah tidak akan membiarkan hidup dia susah kerana orang itu telah memilih untuk memerangi Dajjal dan riba sepertimana yang Allah sendiri perangi, jadi bila kita jadikan Allah sebagai bos, Allah pasti akan selesaikan masalah dunia kita sepertimana seorang pekerja yang yakin dengan gaji bulanan yang pasti dia dapat daripada bosnya yang bukannya tuhan tapi hanya makhluk yang lemah."Note: Dan ingatlah ketika Dajjal datang, semua umat Islam (yang sebenar bukannya umat Islam yang ikut Dajjal) akan berada dalam kesusahan tanpa makanan dan keperluan hidup dan mereka cuma memakan "zikir". Jadi kalau saya cerita macam mana saya dan anak isteri makan "zikir" tu, korang tentu tak akan percaya.Celakalah para pengikut Dajjal yang bernama "Wahabi" yang cuba menghapuskan zikir-zikir dari lidah umat Islam.*waiting for al-mahdi to come and clean these freaking mess*Dari Ibnu Batoota Owsem

Riba 1

~Riba~Sejak lahir sehinggalah tahun 2010 saya memang tak tahu menahu tentang riba. Tetapi selepas guru terhormat saya jelaskan satu per satu tentang riba. Badan saya berpeluh-peluh, bergetar-getar dan setiap kali melihat muslim mengambil riba, air mata saya tak akan mampu ditahan. Bila saya cuba terangkan, mereka semua sangka saya gila,bodoh, datang dari planet marikh, tak up to date,tak moden,macam mana nak hidup, macam mana nak beli rumah,kereta,bisnes..semua tu kena ludah balik ke muka saya....Apa yang lebih memedihkan hati sampai nak tercabut jantung saya ialah bila saya lihat golongan ustaz-ustazah pun pakai duit riba juga untuk membeli rumah dan kereta mereka yang bakal mereka tinggalkan di dunia selepas mereka mati masuk kubur badan kena makan ulat....Dulu saya sangat sedih dengan kes zina yang semakin berleluasa sebab itu menunjukkan kiamat dah semakiinnnn dekat, dari yang bogelis sampailah niqabis, semuanya dah macam binatang. Manusia dengan binatang dah tak ada beza, mengawan sini sana. Tapi sekurang-kurangnya manusia-manusia ni masih ada lah sedikiiiiiiiit lagi akal yang tinggal yang menyebabkan mereka tidak mengawan dengan pasangan mereka di jalanan seperti binatang. Beerti mereka masih menganggap ianya sesuatu yang dosa,kotor dan jijik.Tetapi yang lebih menakutkan ialah kini hampir semuanya terlibat dengan riba, daripada sesampah-sampah manusia hinggalah semulia-mulia manusia semuanya makan riba. Bahkan ianya tidak pernah dianggap dosa dan yang lebih lebih lebih menakutkan ialah manusia kini GEMBIRA yang amat apabila pinjaman berunsur riba mereka dari para bank laknatullahi'alaihim diluluskan.Manusia kini gembira apabila mendapat wang riba?Manusia kini sedih dan tertekan bila bank black list nama mereka daripada mengambil pinjaman riba dari mereka?Sistem bank riba ini telah diperkenalkan oleh Dajjal melalui family Rothchild untuk merosakkan seluruh manusia dengan "memaksa" seluruh manusia makan riba dan hapuskan "dosa" riba dengan menjadikannya "halal".Seluruh keluarga dan rakan kita kononnya "terpaksa" terlibat dengan riba untuk membeli keperluan hidup samada rumah,kenderaan,modal bisnes dan lain-lain.Sedangkan dosa riba adalah terrrrramatlah besar!Jika dosa zina itu sebesar gajah maka dosa riba pula adalah sebesar ikan paus!Nabi telah beri amaran yang maha hebat kepada pemakan riba, antaranya sesiapa yang guna satu dirham (lebih kurang RM25) duit riba dosanya adalah LEBIH BERAT daripada berzina dengan 36 pelacur.Nabi juga bersabda mafhumnya riba itu mempunyai 73 pintu (dalam riwayat lain ada sebutkan 70,72,63 pintu) dan dosa riba yang paling kecil ialah umpama seorang lelaki BERZINA DENGAN IBU SENDIRI.Dalam hadis lain ada dinyatakan bahawa apabila telah nampak jelas di sesuatu tempat tu berleluasanya zina dan riba, maka mereka itu adalah golongan yang menghalalkan azab allah ke atas mereka.Nabi juga bersabda di dalam Sahih Muslim yang mafhumnya:“Allah melaknat orang yang memakan (hasil) riba, yang memberi makan dengannya, penulisnya, dan dua saksinya jika mereka mengetahuinya” Orang yang mempunyai otak dan iman pasti akan bergetar apabila ancaman-ancamanmaha hebat seperti ini dibacakan. Dan dosa sebesar ini apabila kita halang saudara muslim kita daripada mendekatinya, kita pula yang dituduh bodoh dan gila. Tidak sedar dirikah kalian bahawa kalian sedang hebat dilaknat oleh Allah setiap saat kerana riba????Saya mulai sedar betapa bahayanya riba apabila guru saya akan bergetar,berpeluh, dan beristigfar banyak-banyak apabila lalu di depan bank. Apabila beliau lalu di bangunan dan terdapat bangunan bank di hadapan,dia akan elakkan dirinya daripada seluruh teduhan bangunan tu dan berjalan dalam keadaan seluruh badannya tidak ditutupi walau sebesar kuman pun bayang-bayang daripada bangunan bank tu.bila ditanya kenapa, beliau menjawab mafhumnya bahawa:" dosa riba antara dosa paling berat dalam islam melebihi dosa berzina dengan ibu sendiri. Ia satu-satunya dosa yang secara jelas Allah telah isytiharkan PERANG. Dan saya tidak mampu mencegah sesiapa pun daripada mengambil riba, jadi setiap kali saya nampak bank dan pusat riba lainnya, saya akan mencegah maksiat besar ini dengan hati dan beristigfar sebanyak-banyaknya. Saya tidak akan lalu di bawah bayang-bayang bangunan bank kerana seluruh bangunan itu dibina melalui wang keuntungan riba, jika ianya disewa, ianya disewa dengan wang keuntungan riba, jadi berselindung daripada matahari di bawah bayang-bayang bank tanpa sebab adalah sama seperti mengambil manfaat daripada hasil keuntungan wang riba. Saya takut jika di dunia ini saya bersih dari apa-apa wang riba, tapi selepas saya mati, buku amalan saya penuh dengan dosa riba yang banyak dan setaraf dengan berzina dengan ratusan pelacur hanya kerana saya mengambil teduhan daripada bangunan bank yang merupakan pusat riba dan penarik bala Allah yang paling kuat. "Tidak ada golden words yang lebih berharga daripada ini.Ketika saya bertalaqqi kitab Mukhtasar Al-Quduri dengan guru saya, pengarang kitab tersebut sangat beradab. Beliau tidak pernah menyebut lafaz "halal" atau "haram" di dalam kitabnya kerana takwa (takut-takut bila cakap sesuatu tu haram,rupa-rupanya disisi Allah ianya halal, inilah ketakwaan para ulama zaman dahulu,bukan macam "ulama" zaman sekarang, lagi-lagi puak-puak wahabi, sesedap tekak mak bapak diorang je cakap itu ini bidaah,haram,sesat,kafir,masukneraka), sebaliknya pengarang cuma tulis perkataan "yajuz" (dibenarkan) dengan "la yajuz"(tidak dibenarkan) sebagai ganti lafaz "halal-haram".TETAPI! Apabila masuk bab Riba je, ayat pertama yang pengarang tulis ialah "Yahrumu" (DIHARAMKAN).Syeikh saya yang ketika itu membacakan kitab ini kepada kami akan terdiam,memejam kuat mata dan bergetar-getar badannya seperti tersangat sejuk. Kemudian setelah bertenang, beliau terangkan kepada kami bahawa Dajjal sudah benar-benar hampir sampai kerana kini riba sudah lagi tidak dianggap dosa dan sesiapa yang berkata ianya dosa akan dituduh gila dan bodoh...Jika kalian merupakan salah seorang pemakan riba, berhentilah segera dan bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat....Kepada para pemakan riba yang tetap mahu makan riba selepas diberikan amaran maka dengan jelas Allah berikan ancaman untuk sumbat mereka ke dalam JAHANNAM SELAMA-LAMANYA...Allah berfirman...“Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba selepas amaran diberi), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” (Al-Baqarah: 275-276)Berkata Al Imam Adz Dzahabi Rahimahullah : “Ini adalah ancaman yang sangat besar dengan dikekalkan didalam neraka orang yang makan dari hasil riba, sebagaimana yang kamu saksikan bagi orang yang kembali memakan riba setelah peringatan. Tidak ada daya dan upaya kecuali karena pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung ” (rujuk kitab Al-Kabaair Imam Adz Dzahabi : m/s 35 )Note: Bersaksilah wahai seluruh manusia bahawa aku telah menyampaikan, bersaksilah wahai seluruh jin bahawa aku telah menyampaikan, bersaksilah wahai seluruh malaikat bahawa aku telah menyampaikan dan bersaksilah wahai Allah, bahawa aku telah menyampaikan.

Sabtu, 15 Januari 2011

Di Kala Aku Menangis

Kecelaruan fitnah dunia membuatkanku terduduk seketika mengenangkan nilai-nilai islam yang semakin memudar dan meluput dari jiwa generasi muda pada hari ini. Tidak tertahan setiap kali melihat mayat-mayat bayi yang dibuang dan terkadang air mata ku menitis tanpa kusendiri tatkala mengenangkan terlalu ramai para remaja yang roboh tiang agamanya, tanpa merasa bersalah,. . Terlalu sukar utkku menerima sebuah hakikat bahawa islam sudah menjadi sesuatu yang janggal di dunia akhir zaman ini. Kiamat sudah semakin dekat, tanda-tanda kecil semuanya telah ada. Yang tinggal menunggu masa tanda-tanda besar sahaja.

Ketahuilah wahai saudaraku! Dunia hanya tempat persinggahan, penjara bagi orang mukmin,syurga bagi orang kafir. Dunia ibarat air laut yang semakin diminum semakin menambah haus.Tetapi yang sedihnya apabila mengajak utk berjuang,tidak ramai yang sanggup,tidak ramai yang sanggup berkorban jiwa dan raga, harta dan masa. Orang yang memegang tali perjuangan terlalu sedikit, tetapi yang mencari kesalahan para pejuang terlalu ramai dan para pejuang Allah menjadi alien atau asing di mata masyarakat. Sanggupkah teman-teman hanya memerhatikan kegawatan ini dan hanya sibuk dengan dunia sendiri. Cukupkah kita hanya beramal seorang diri sahaja?? Sanggupkah kita melihat sahabat,ahli keluarga,dan masyarakat terpesong jauh dari nilai-nilai islam?? Dimanakah usaha kita? Kenapakah langkah kita telalu lambat??

Sahabatku,dulu semalam dan hari ini kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH..Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan..Kau benar-benar kebingungan dan bertanya,”apa yang harus ku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini??” jawabku, bukankah engkau adalah da’i dan mujahid???” katamu lagi,” tapi langkahku terlalu lambat…jawabku,” kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan.. Pada hari itu,amalmu terbentang,tubuhmu terbuka.. Apakah disana ada bekalmu???..

“Pada akhir zaman orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api,andai terus digenggam hancur luluh jiwanya..Namun andai dilepaskan hancurlah dunia..jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian.kita hidup untuk perjuangan dan mati utk kehidupan syurga idaman…" -imam nawawi-

Sememangnya orang-orang yang berjuang di jalan Allah akan hadapi rintangan, ranjau, duri dan segala kudis-kudis angkara syaitan durjana. Kadangkala aku terduduk menangis menghadapi ujian luar dan juga dalaman, lambang kekerdilan kudrat hamba. Namun apapun air mata inilah yang akan memadam api neraka kelak.InsyaALLAH..

“Kerana sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan” (al-insyirah: 5)

"Setelah kefakiran pasti ada kekayaan, setelah kesakitan pasti ada kesihatan, setelah kesedihan pasti ada kegembiraan, setelah kesempitan pasti ada kelapangan,  setelah terpenjara pasti ada kebebasan dan setelah kelaparan pasti ada kekenyangan” -DR AIDH B. ABDULLAH AL-QARNI

Semoga Allah mengampuni diriku dan yang sewaktu dengannya seandainya kami gagal mengembalikan umat ini kepada-Mu Ya Allah!

Rabu, 10 November 2010

Sejarah dan Pengaruh Jin di Dalam Kehidupan Manusia

Nota: Segala tulisan di bawah adalah hasil rujukan dan ilmu pengarang Hj. Ahmad b. Hj. Che Din dan tidak ada kena-mengena dengan saya. Ianya dimuatkan di sini sebagai tatapan umum untuk menambahkan ilmu pengetahuan, beroleh penjelasan tentang kemusykilan mengenai makhluk Jin di mukabumi dan menjawab persoalan kita mengenai makhluk halus. Tiada perubahan dilakukan daripada teks asalnya kecuali perenggan-perenggan tulisan untuk disesuaikan ke dalam laman ini.



PERUTUSAN



Segala puji-puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang Maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Sesungguhnya Dialah yang menguasai sekian makhluknya daripada Jin, Malaikat dan manusia serta lain-lain lagi, dan Dia jugalah yang berkuasa ke atas sekian mereka itu. Dialah yang mengatur dan mentakbir alam ini dan Dialah yang Maha Pelulus dan Maha Penentu atas sekelian mahluknya.



Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi dan Mursalin Nabi Muhammad s.a.w, ahli-ahli bait serta para sahabat baginda serta pengikut sahabat dan ulama-ulama yang menegakkan agama Allah s.a.w serta yang berhubung dengan mereka itu sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w.



Sidang pembaca yang dirahmati;



Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapat disiapkan sebuah tulisan yang serba kekurangan ini bagi tatapan sidang pembaca yang ingin mencari pengalaman baru dan di harap dapat menjadi pengetahuan yang berguna berhubung dengan Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam masyarakat Melayu Islam, Latihan pertahanan diri Melayu, perkara-perkara Khurafat dan ajaran-ajaran sesat.



Tulisan ini di susun semula hasil dari pengalaman penulis sendiri dan beberapa orang sahabat yang terlibat secara langsung dengan ahli masyarakat yang malang dan memerlukan pertolongan, juga ilmu dari guru-guru yang alim dan dari rujukan kitab-kitab.



Tujuan tulisan ini diperkenalkan supaya ahli masyarakat Melayu Islam tidak terkeliru di antara adat dan agama supaya jangan nanti ada yang mengatakan adat yang bercanggah dengan Islam itu adalah salah satu daripada tradisi agama Islam. Orang-orang Melayu yang sebahagian besarnya banyak yang terkeliru di antara adat dan agama ; antara karamah dengan Istidraj; antara mau’nah dengan sihir atau silap mata. Sehingga kini ramai yang mudah terpengaruh dengan perkara-perkara pelik umpamanya " Bomoh Budak " di Baling sehingga berpusu-pusu mereka pergi untuk mendapatkan rawatan tanpa menyelidiki terlebih dahulu.



Adalah diharapkan setelah membaca tulisan ini anda akan dapat membeza dan menilai kesesatan yang berlaku dalam perbomohan, adat-resam dan latihan pertahanan diri Melayu meskipun faktanya masih banyak yang kekurangan.

Sebarang kesilapan atau kekurangan fakta adalah disebabkan oleh kelemahan diri penulis sendiri samada dari sudut keilmuan maupun dari pengalaman.



Wallahu’alam. Hj. Ahmad b. Hj. Che Din Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. 1hb Ogos 1997.





SEJARAH RINGKAS NUSANTARA



Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, penduduk di Asia Tenggara adalah terdiri daripada penganut fahaman Buddha Syinrawath ( Buddha Puja Dewa ). Pada ketika itu penganut-penganutnya sudah pun sedia mengamalkan perkara-perkara luar biasa yang menyalahi kebiasaan iaitu " Mencarik adat " yang lahir hasil daripada pemujaan ‘ dewa-dewi’, jampi serapah atau yang seumpamanya.



Keadaan ini berlaku adalah hasil daripada pertolongan jembalang-jembalang yang terdiri daripada Jin samada dengan menjelma ke dalam diri pemujanya ( Tanasukh Aruah ), Istidraj, Sihir atau silap mata. Semua amalan ini amat kuat pengaruhnya dalam kehidupan seharian mereka pada waktu itu. Mereka mengabdikan diri hanya kepada Dewa-Dewi semata-mata. Dalam konteks ini pegangan fahaman beragama adalah bersumberkan daripada Rahib-rahib yang dikatakan mendapat ilham dari tuhan dewa-dewi samada Dewa Rama, Dewa Sita, Dewa Siva dan yang seumpamanya.



Ketika Islam tersebar luas di Semenanjung Arab hingga ke Eropah dan juga ke Asia, maka banyaklah mubaligh-mubaligh Islam dari kalangan orang-orang Arab dan bukan Arab yang datang membawa agama Islam ke sebelah Asia Tenggara sebagai pedagang. Dari situ Islam mula bertapak dengan kuatnya di negeri-negeri bawah angin ini.



Gejala isma-isma yang tidak sihat pada waktu itu beransur-ansur hilang kegemilangannya bahkan di sesetengah tempat, umpamanya Acheh isma-isma tersebut telah di banteras sehingga ke akar umbinya. Inilah hasil daripada tarbiah dan didikan mubaligh-mubaligh dan para Daei Islam yang benar-benar alim lagi sufi. Kehadiran mubaligh-mubaligh tersebut seumpama membawa sirna kegemilangan dan kecemerlangan kepada penduduk tempatan sehingga pada satu ketika Acheh mendapat jolokan sebagai Serambi Mekah.



Setelah sekian lama gejala pemujaan jampi serapah hilang, akhirnya ia timbul semula setelah Portugis, Belanda, Spanyol, Perancis, Amerika dan Inggeris berusaha menakluki Asia Tenggara dengan memperkenalkan agama Kristian di samping perdagangan yang menyebabkan orang Islam bangun menentang mereka. Pada suatu ketika Belanda telah membunuh lebih daripada 6,000 Ulama Islam di Tanah Jawa. Pada ketika itu ulama merupakan tokoh pemimpin yang utama dalam semua aktiviti harian bermula dari aspek agama, sosial dan kemasyarakatan, ketenteraan hinggalah kepada perubatan dan sebagainya.



Mereka inilah yang banyak memainkan peranan penting dalam menggerakkan penentangan terhadap penjajahan barat, kerana merekalah yang terlebih dahulu mengenali erti hidup beragama serta beramal dengannya, lebih dahulu merasai bahang campurtangan asing, lebih dahulu menghidu bau najis Mughalazah penjajahan dalam kebudayaan, tipu daya pemerintahan dan tipu daya dalam ketenteraan dan sebagainya ke atas negerinya dan anak-anak bangsanya.



Akibat daripada peristiwa itu, maka saki baki pahlawan Islam yang hilang pedoman telah cuba meneruskan perjuangan menentang Belanda dan Inggeris dengan kekuatan dan keilmuan apa saja yang ada pada mereka asalkan mereka mampu. Dalam keadaan terdesak itu mereka berusaha memperolehi daya kekuatan yang yang luar biasa melalui amalan-amalan cara hulubalang, wirid-wirid, jampi serapah dan yang seumpama dengannya, melalui kaedah biasa dan setengah daripada mereka melalui Uzlah ( bertapa dan riadah ), maka datanglah pula jembalang-jembalang daripada Jin samada Jin Islam atau Jin Kafir yang berhubung dengan mereka, dengan cara Tanasukh Aruah ( penjelmaan ke dalam diri ), istidraj, sihir atau silap mata yang menolong mereka menghasilkan hajat mereka, yang pada sangkaan mereka adalah malaikat-malaikat atau wali-wali atau Nabi Khaidir yang telah datang berhubung dengan mereka.



Sementara itu di Tanah Jawa timbul pula fahaman Wahdatu Ujud yang tidak dapat membezakan di antara Wahdatul Ujud Marhumah ( dalam bab Sufi ) dengan Wahdatul Ujud Mazmumah ( dalam I’tiqad di panggil Hulluliah, Mulhid, Zindik ) sehingga tertegaklah kerajaan yang seumpama itu, iaitu kerajaan Mataram. Fahaman ini adalah hasil daripada pengaruh Syiah. Bermula dari sinilah wujud semula berbagai-bagai rupa bentuk amalan kerohanian, wirid-wirid dan jampi serapah yang menyeleweng dari aqidah syari’at Ubudiah Islamiah yang sebenar ke hadrat Allah seperti yang dibentangkan oleh ulama-ulama terdahulu yang mahir dan ahli pada babnya di dalam kitab-kitab karangan mereka.



Terdapat juga dari golongan ini yang memesongkan amalan-amalan mereka bagi kepentingan diri, dengan tujuan :



1. Langkah mempertahankan diri bagi mendapatkan kemegahan dunia ( hanya kepada bangsa semata-mata ) 2. Amalan-amalan kebatinan dalam menuntut kemegahan. 3. Perubatan ( bomoh, tok pawang, tok bidan dan sebagainya ) 4. Berlagak jadi tok sufi ( wali ) yang sentiasa mendapat jazbah ketuhanan.



Dari sini merebaklah amalan -amalan karut yang mendapat kekuatan luar biasa daripada bantuan Jin-Jin. Maka ramailah pahlawan-pahlawan Melayu mengambil amalan-amalan ini dengan tujuan untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh di samping untuk kepentingan masyarakat sekitarnya.



Akhirnya mereka telah lupa kepada ajaran-ajaran agama yang telah disampaikan kepada mereka, lalu mereka lebih mementingkan kekuatan material dan kebendaan semata-mata daripada kepentingan akhirat. Lebih jahat lagi, mereka menjadikan adat resam keturunan ke dalam syariat agama Islam sebagai satu amalan yang dimestikan, walaupun terang-terang amalan itu menyalahi ajaran Islam, samada dari segi Fiqh, Akidah, dan Akhlak.





KEPERCAYAAN ORANG-ORANG MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM



Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, anutan masyarakat Melayu pada ketika itu, boleh di bahagikan kepada tiga kumpulan agama yang terbesar iaitu :-



1. Agama Buddha Puja Dewa 2. Agama Hindu Puja Dewi 3. Amalan orang-orang Asli. ( Animisme )



Orang-orang Asli sangat kuat berpegang kepada berbagai-bagai kaedah pemujaan Jin sehingga Tok-tok Batin orang Asli di ukur akan kehebatan diri mereka, dengan had ukuran panjang rambut di kepala mereka.





Percantuman 3 puak ini samada melalui nikah kahwin atau seumpamanya menghasilkan suatu kemantapan yang kukuh dalam adat resam dan istiadat kebudayaan orang Melayu, di samping membuahkan pelbagai rupa bentuk ilmu, amalan dan kaedah pemujaan dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu perkara yang luar biasa dan mencarik adat, berlumba-lumba untuk menjadi jaguh atau orang yang paling handal di kalangan mereka, untuk bermegah-megah, gagah, orang yang paling berkuasa, orang yang paling di hormati, di segani dan sebagainya. (Lihat carta amalan-amalan Khurafat)



Islam datang ke Asia Tenggara samada melalui Negeri China, Yaman, Parsi atau India dan bertapak kukuh sehingga lebih kurang 200 tahun sahaja. Selepas itu masuklah pula pengaruh agama Kristian melalui penjajahan kuasa-kuasa Barat.



Manakala di dalam masyarakat Islam sendiri pula telah di pengaruhi oleh pengaruh-pengaruh Rafidiah, Kharijiah, Qadariah, Jabariah dan sebagainya sehingga menimbulkan berbagai-bagai kefahaman dan aliran dalam mempraktikan ajaran Islam. Keadaan ini menyebabkan sesetengahnya pula terjerumus kedalam gaung kesesatan berikut :



1. Bida’ah Dholalah yang Karohah dan Bida’ah yang haram dalam Syariat 2. Berada dalam salah satu daripada 72 puak yang sesat lagi menyesatkan dalam bab Aqidah. 3. Berada dalam salah satu daripada 13 puak yang sesat lagi menyesatkan dalam bab Sufi



Daripada pecahan di atas maka wujudlah berbagai-bagai kelompok masyarakat Melayu yang mempunyai fahaman dan amalan masing-masing . Dari situ lahirlah amalan-amalan yang di panggil amalan "Kebatinan ´ atau " Ilmu Hakikat " ( Ilmu Isi ) yang meninggalkan amal syariat sehinggakan sembahyang hanyalah dengan niat sahaja. Puak-puak yang sesat ini dapat di lihat menerusi amalan yang mereka lakukan dalam menunaikan ibadat kepada Allah.



Ringkasnya apa jua amalan yang tidak mengikut garis panduan Al-Quran, Hadis Rasullullah s.a.w, Ijma dan Qias adalah termasuk dalam salah satu daripada fahaman-fahaman yang sesat daripada tiga kelompok besar di atas.





Jenis Amalan Beragama Orang-Orang Melayu Sebelum Islam



Pada dasarnya amalan beragama orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam bolehlah dibahagikan kepada tiga kepercayaan yang besar iaitu :-



1. Orang-orang Melayu yang beragama Buddha Puja Dewa 2. Orang-orang Melayu yang beragama Hindu Puja Dewi 3. Orang-orang Melayu yang berpegang dan beramal dengan amalan orang-orang Asli. (Animisme)



Akibat dari ajaran dan pegangan mereka itu lahir dan wujudlah berbagai-bagai bentuk kebudayaan dan adat resam mengikut jenis agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Kedatangan Islam ke Nusantara selepas itu telah berjaya membasmi kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada ketika itu.





Namun tidak semua masyarakat Melayu yang mahu meninggalkan kepercayaan mereka secara keseluruhan dan sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat betapa amalan Khurafat itu masih tegak dan tetap hidup dalam adat resam dan kebudayaan Melayu terutamanya dalam majlis perkahwinan, kematian, perbomohan dan perbidanan, latihan pertahanan diri dan sebagainya. Di samping itu kepercayaan kepada benda-benda keramat seperti keris, kubur, pokok besar, batu dan sebagainya begitu kuat sehingga dapat di lihat sesetengah orang Melayu yang masih menjaga dan menyimpan dengan baik keris pesaka sejak turun temurun, yang dikatakan sebagai "Penjaga keluarga."



Kepercayaan seperti ini ada hubungannya dengan asal-usul orang Melayu yang kebanyakannya berasal dari Kepulauan Indonesia yang memang terkenal pada suatu masa dahulu dengan adat dan kepercayaan Hindu serta Buddha. Walaupun Islam mula bertapak di Mataram, Majapahit dan seluruh Kepulauan Jawa namum sisa-sisa peninggalan Hindu dan Buddha masih kuat dalam pegangan mereka.



Di Semenanjung Malaysia sendiri terdapat berbagai keturunan seperti Melayu, Bugis, Mendiling, Rawa, Jawa, Banjar, Petani, Siam dan sebagainya dan terdapat juga yang berasal dari keturunan orang-orang Asli. Setelah memeluk Islam mereka telah membawa adat resam masing-masing di dalam agama Islam. Walaupun mereka berbeza dari segi suku keturunannya, namun mereka masih lagi tidak terlepas dari adat resam Hindu dan percampuran dengan adat dan amalan orang Asli.



Amalan-amalan kuno seperti puja tanduk lembu/kerbau, hantaran perkahwinan, sireh junjung, nasi tinggi, kelapa-garam-gula dan sebagainya, lenggang perut, kenduri 40/100 hari selepas kematian, sembelih ayam semasa buka gelanggang latihan pertahanan diri, sangkak/ancak untuk jamu Jin dan sebagainya adalah contoh amalan yang ada hubungan dengan pengaruh Hindu dalam adat resam orang-orang Melayu.



Begitu juga adat resam, tingkah laku orang-orang asli sebelum Islam di ambil sebagai adat resam atau sebagai cara beragama yang mesti didahulukan, di tokok tambah lagi dengan redha dan lahapnya kita menerima membabi buta pengaruh kebudayaan penjajah yang memang merupakan suatu perancangan jangka panjang Yahudi dan Kristian khasnya untuk membunuh keperibadian muslim orang-orang Melayu yang berpegang teguh dengan agama Islam.



Sehingga kini amalan-amalan tersebut masih lagi hidup subur, walaupun telah berkali-kali seruan dakwah sampai kepada mereka supaya meninggalkan amalan tersebut, namun bagi sesetengah daripada mereka itu telah beranggapan bahawa adat-adat tersebut seolah-olah sebahagian daripada ajaran Islam yang mereka anuti. Maka dengan sebab itulah mereka telah mencampuradukkan antara ajaran Islam yang suci ini dengan adat resam yang karut lagi menyesatkan itu, yang semata-mata mengikut khayalan, kebijaksanaan pemikiran dan tahsinul ‘aqli mereka semata-mata sahaja.. Perkara Luar Biasa Yang Mencarik Adat



Allah telah menganugerahkan kepada manusia khusus dan awam 8 perkara luar biasa yang mencarit adat yang boleh berlaku ke atas manusia. Perkara luar biasa itu bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4 perkara yang di puji dan 4 perkara yang di keji dan menyalahi ajaran Islam. Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep dan perbezaan perkara-perkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Bagi menjelaskan kekeliruan itu maka diperturunkan serba ringkas tentang perkara-perkara tersebut, agar pembaca semua dapat membuat penilaian dengan sebaik-baiknya.





Empat Perkara Yang Di Puji



1. Irhas.



Irhas ialah perkara luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi dan rasul-rasul semasa baginda masih kecil. Contohnya seperti Nabi Isa boleh bercakap semasa baginda masih dalam buaian. Perkara ini tidak menjadi kekeliruan kerana Nabi dan rasul telah tiada pada masa sekarang.



2. Mukjizat.



Mukjizat ialah suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah hanya kepada Nabi-Nabi dan rasulnya sahaja bagi melancarkan usaha rasul-rasul tersebut menyampaikan dakwah dan risalah Allah. Contohnya seperti Mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh memahami bahasa semua binatang.



3. Karamah.



Karamah ialah suatu perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang mukmin yang berakhlak rasul dan benar-benar berpegang dengan ajaran Islam zahir dan batin. Hal ini adalah perkara biasa bagi Mereka. Karamah merupakan suatu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang arif tentang Allah ( Arifbillah ) .Mereka ini adalah merupakan orang-orang yang alim dan sentiasa beramal soleh. Mereka mahir sekurang-kurangnya tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf serta mereka sentiasa beramal dengannya pada setiap masa dan kelakuan. Ikatan diri mereka sentiasa dengan Allah tanpa dapat dipengaruhi oleh alam sekeliling. Mereka dimuliakan oleh ahli di langit dan diperhinakan oleh kebanyakan ahli di bumi.







4. Maunah.



Maunah ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang mukmin awam yang soleh, yang apabila di timpa sesuatu musibah atau hal ke atas dirinya, mereka terus melipat gandakan pergantungan dan keimanan kepada Allah serta memantapkanya melalui berbagai-bagai wirid, jampi dan doa serta amalan-amalan sunat yang lain. Maunah ini merupakan satu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang soleh. Mereka arif tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf tetapi kemampuan beramal mereka adalah terhad. Apabila berlaku sesuatu hal ke atas diri mereka samada mutlak dari Allah atau yang bersangkut paut dengan manusia, mereka terus melipatgandakan pergantungan diri dan keimanan kepada Allah serta memantapkan lagi dengan berbagai-bagai wirid, jampi, doa dan segala amalan sunat. Mereka tidak merasa sedih atau kecewa sekiranya permintaan mereka tidak ditunaikan oleh Allah.





Empat Perkara Yang Di Keji



Perkara luar biasa yang di keji oleh Allah ialah perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang biasa melalui pertolongan selain daripada Allah. Contohnya melalui pertolongan khadam-khadam yang terdiri daripada Jin dan Syaitan dan sebagainya. Perkara luar biasa jenis ini mestilah di jauhi oleh setiap orang Islam kerana ianya sesat dan menyesatkan. Perkara-perkara tersebut ialah :-



1. Istidraj



Istidraj ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada mereka yang berpura-pura beramal dengan amalan soleh, walaupun diri mereka mahir dengan fardhu ain, Usuluddin, fekah dan tasauf. Mereka berbangga dengan perkara luar biasa yang berlaku ke atas diri mereka sedangkan mereka mengetahui punca sebenar datangnya perkara luar biasa tersebut. Lazimnya golongan ini terikat dengan perjanjian serta mewujudkan pantang-larang yang selari dengan hukum syarak. Ini kerana khadam-khadam mereka adalah terdiri daripada golongan Jin Islam samada yang soleh, fasik atau terdiri daripada Jin yang kafir.



Setiap amalan wirid, jampi dan doa itu ada penjaganya (Khadam). Orang yang beramal dengan kaedah ini kebiasaannya mempunyai suatu perasaan tidak baik yang telah tersemat dalam diri mereka. Antara matlamat mereka ialah :-



a) Ingin di puja. b) Ingin dikunjungi oleh orang ramai c) Cinta kepada pangkat dan kebesaran d) Ingin mendapatkan harta dan kuasa



Golongan khadam ayat dari golongan puak rohani alam rendah memang dijadikan Allah untuk menyukakan golongan yang seumpama itu dengan beberapa perkara luar biasa. Mereka pada zahirnya kelihatan seperti orang yang beriman dan sentiasa menjaga syariat Islam serta berakhlak Rasul tetapi sebenarnya mereka beramal dengan perkara-perkara kufur dan telah terjun ke lembah kekufuran, samada mereka sedari atau tidak.





Punca kesesatan golongan ini ialah apabila rohani-rohani alam yang rendah mengunjungi mereka dalam tidur ataupun semasa jaga, dengan rupa atas nama-nama orang-orang soleh samada yang masih hidup ataupun yang telah mati atau mereka membuat Tajalli ketuhanan. Lazimnya mereka dibebankan dengan beberapa syarat yang menepati hukum syarak untuk diamalkan sebagai syarat perjanjian persahabatan dalam semua kelakuan melalui lidah, anggota dan hati, di semua tempat, waktu dan masa. Maka bermula di saat itu diri mereka berada di dalam Syirik Uluhiyyah dan segala rupa bentuk amalan syariatnya tidak ada nilai di sisi Allah.



Mereka sebenarnya mengetahui dari mana datangnya zahir perkara luar biasa pada perkataan, perbuatan dan kasad hati, tetapi mereka enggan meninggalkan amalan tersebut kerana mereka ingin menjadi jaguh dalam bidang perubatan dengan mengadakan beberapa keajaiban dari berbagai-bagai jenis ubatan, kaedah perubatan dan sebagainya. Kadang-kadang melalui langkah mempertahankan diri. Mereka juga terjebak dalam permainan tunjuk kuat kebatinan supaya mereka di anggap orang yang paling makbul doanya atau paling keramat. Jika dia seorang ulama, maka dia inginkan supaya di kunjungi, di puja dan di hormati sebagai seorang Ahlillah secara mutlak, sedangkan dalam masa yag sama dia akan terasa hina dan hilang kewibawaan sebagai ulama, jika tiada pada dirinya, nyata beberapa perkara yang luar biasa.



2. Sihir.



Sihir ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-rang Islam yang durhaka (‘asi ) yang tidak faham aqidah, syariat dan ubudiah serta tidak beramal dengannya dan orang-orang yang fasik. Sihir juga diberikan oleh Allah kepada pendita-pendita bukan Islam samada Yahudi, Buddha, Nasrani, Majusi dan yang seumpama dengannya. Sihir ini terjadi melalui pertolongan daripada rohani Jin Islam yang fasik dan Jin-Jin yang kafir melalui perjanjian tertentu. Kebiasaannya golongan ini terikat dengan perjanjian dan mengadakan jamuan yang harus dan haram di sisi Syarak. Mereka mendapat perkara yang luar biasa ini adalah melalui pertolongan kumpulan Jin Islam yang fasik dan daripada Jin yang kafir.



Golongan orang Islam yang mendapat perkara luar biasa melalui kaedah ini selalunya sentiasa bergelumang dengan kejahatan dalam semua hal. Golongan ini sebenarnya Mulhid dan Zindik dalam bab aqidah. Selalunya mereka akan mengadakan berbagai cara atau upacara yang berselindung di sebalik ajaran Islam. Antara mereka yang termasuk dalam golongan ini ialah :-



a) Kumpulan Hassan Anak Harimau b) Wali Suci c) Budi (Buddha) Suci d) Batin Sakti e) Hakikat Insan f) Pati Geni g) Fahaman Wahdatul Ujud dalam I’itiqad h) Baginda Mukhtar i) Lain-lain kumpulan yang tumbuh bagaikan cendawan di negara ini.





3. Silap Mata.



Silap Mata adalah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang Islam yang fasik dan juga kepada orang-orang kafir, melalui pertolongan daripada Jin kafir. Oleh itu mereka juga terikat dengan perjanjian dan membuat perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak.



4. Sya’wazah.



Sya’wazah ialah perkara yang di kurniakan oleh Allah, yang berlawanan sama sekali daripada kehendak asal. Kebiasaannya perkara ini Allah berikan kepada golongan yang angkuh daripada orang-orang kafir. Misalnya apabila mereka meminta sesuatu yang baik, tetapi Allah kurniakan dengan sesuatu kejahatan yang berlipat ganda.





BALA TENTERA ALLAH



Allah mempunyai bala tenteraNya yang tersendiri yang terdiri daripada sekelian makhluknya samada daripada manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang di lautan, daratan dan yang seumpama dengannya seperti angin, api dan segala carkawala di angkasa raya. Bala tentera Allah tersebut terbahagi kepada beberapa kumpulan yang akan diperintahkan oleh Allah untuk membantu manusia apabila dikehendakiNya.



Antara bala tentera Allah tersebut adalah terdiri daripada :-



A. Bala Tentera alam atas yang terdiri daripada seluruh malaikat alam tinggi.



Bala tentera ini apabila diperintahkan oleh Allah untuk menolong para nabi dan rasul-rasul, maka pertolongan yang menzahirkan perkara yang luar biasa itu akan dinamakan sebagai Mukjizat. Manakala pertolongan yang menzahirkan perkara luar biasa yang terjadi kepada nabi dan rasul semasa kecil pula, dinamakan sebagai Irsad.



Bentuk pertolongan tersebut samada melalui lidah, anggota, kasad hati atau melalui ketiga-tiga bentuk tersebut secara sekali gus. Jika mereka menjadi penolong kepada ulama-ulama dan orang-orang soleh yang arif billah ( iman, syariat dan akhlak mereka menepati sebagaimana iman, syariat rasul zahir dan batin ) maka pertolongan tersebut dinamakan sebagai Keramat. Perkara luar biasa yang berlaku kepada ulama-ulama dan orang-orang saleh yang apabila, mereka di timpa bala dan musibah, maka mereka melipat gandakan ubudiah dan pergantungan kepada Allah dengan penuh ikhlas diri dan amalan mereka, maka perkara luar biasa tersebut dinamakan sebagai Maunah.



B. Bala tentera Allah Alam rendah



Bala tentera Allah alam rendah pula adalah terdiri daripada sekelian rohani jin-jin Islam yang soleh dan jin-jin Islam yang fasik dan kafir serta semua manusia dan makhluk Allah yang lain yang menghuni alam ini, seperti haiwan, tumbuhan, angin, batu dan sebagainya.



Manakala rohani Jin Islam yang alim dan soleh daripada alam rendah yang apabila diperintahlan oleh Allah datang memberi pertolongan kepada manusia yang alim dan soleh yang wujud dalam diri mereka itu sifat-sifat mazmumah, maka pertolongan tersebut dinamakan sebagai Istidraj. Perkara luar biasa tersebut dinamakan sebagai istidraj kerana rohani jin Islam yang soleh tersebut akan mengenakan beberapa syarat yang menepati hukum syarak sebelum memberi pertolongan tersebut.



Jika rohani jin Islam yang fasik atau jin kafir diarah memberi pertolongan kepada manusia Islam yang fasik atau manusia yang pura-pura beriman atau yang seumpama dengannya pula dinamakan sebagai sihir atau silap mata, kerana mereka mengenakan beberapa syarat yang harus pada hukum syarak.



Jika jin -jin yang kafir atau anak keturunannya diperintahkan memberi pertolongan kepada manusia yang kafir yang terdiri daripada rahib-rahib, padri-padri, sami-sami atau yang seumpama dengannya, maka pertolongan tersebut dinamakan sebagai silap mata atau sihir peringkat tinggi, kerana mereka mengenakan syarat-syarat yang haram pada hukum syarak.





JIN



Makna Jin.



Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-



1. Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :



Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.



2. Surah Ar-Rahman ayat 15 :



Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )



3. Surah Al-‘Araf ayat 12 :



Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.



4. Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a



Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah ).





Asal Kejadian Jin



Keterangan "Al-Maarij "



Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.



Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.





Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.



Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.



Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.



Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.



Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.





Cara pembiakan Jin



Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.



Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.



Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.



Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.



Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.





Agama puak-puak Jin



Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.



Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.



Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.



Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.



Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.



Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.





Rupa Bentuk Jin



Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.



Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.



Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.



Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.



Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.



Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.



Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.



Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :



" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "





Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.





Melihat Jin



Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.



Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.



Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.



Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).



Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.





Kumpulan-kumpulan Jin



Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.



Jenis-jenis Jin



Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-



1. Iblis - Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.. 2. Asy-Syaitan - Syaitan-syaitan 3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( pewas-was ) 4. Al-Afrit - Penipu-penipu 5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan 6. Al-Tayyaaruun - Penerbang-penerbang 7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam 8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor ) 9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan 10. Al-Ummaar - Pemakmur.





Gelaran-gelaran Jin dalam istilah orang-orang Melayu



Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.



Antara Jin-Jin yang popular di kalangan orang-orang Melayu ialah :-



a. Hantu Raya j. Hantu Pontianak s. Hantu Polong b. Hantu Toyol k. Hantu Langsuir t. Hantu Penanggal c. Hantu Pelesit l. Hantu Air u. Hantu Bukit d. Hantu Kubur m. Hantu Pari v. Hantu Punjut e. Hantu Jerangkung n. Hantu Laut w. Hantu Bawah Tangga f. Hantu Galah o. Jin Tanah x. Hantu Kum-Kum g. Hantu Bungkus p. Hantu Pocong y. Hantu mati di bunuh h. Hantu Bidai q. Hantu pari-pari z. Hantu Kopek ( Tetek ) i. Harimau Jadian r. Jembalang Tanah zz. Hantu Tengelong.





Kerajaan-kerajaan Jin



Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.



Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.



Anak-anak Iblis juga mempunyai kerajaan yang besar antaranya :-



1. Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala 2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya. 3. Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya 4. Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.







Antara Jin, Ifrit dan Syaitan serta Iblis.



Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.



Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.



Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.



Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :



" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."



Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.



Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat.



Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-



1. Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.



2. Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi. Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.



3. Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.





Bersahabat dengan Jin



Ramai di kalangan orang-orang Melayu yang bersahabat dan menjadikan Jin sebagai pembantu dan Khadam mereka dalam membantu mereka melaksanakan tugas-tugas yang tertentu. Contohnya seperti Tok Bomoh, Tok Pawang, Tok Dukun, Tok Mudim, Mak Bidan, Mak Andam, Tukang Urut, Panglima, Hulubalang, Tok Guru latihan pertahanan diri dan sebagainya. Walaupun begitu tidak semua golongan di atas yang menggunakan Jin dalam kerja-kerja harian mereka. Tidak dinafikan terdapat juga golongan tersebut yang benar-benar mempunyai kemahiran semulajadi tanpa pertolongan dari Jin.



Menurut Sheikh Abdul Wahhab Asy-Sya’rani dalam kitabnya Yawaqitu Wal Jawahir, bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan Jin itu sangat keji. Katanya lagi " Barang siapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan Jin daripada bersekedudukan dengan ulama, maka orang itu sangat jahil. Kerana yang lebih biasa bagi Jin itu adalah perbuatannya dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia yang fasik. Maka orang yang berakal lari ia daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan Jin, seperti larinya daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan manusia yang fasik."



Tambahnya lagi : " Tidak sekali-kali aku melihat seseorang yang bersekedudukan dengan Jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadian Jin itu adalah daripada api dan api itu sangat banyak geraknya. Dengan banyak gerak itu datanglah berlebih-lebihan perbuatan dan perkataan orang itu.



Syeikh Muhyuddin Arabi dalam kitabnya Futuhat pula menjelaskan :



" Adalah orang yang bersekedudukan ( bersahabat ) dengan Jin itu tidak beroleh ilmu kerana Allah. Kerana Jin itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifatNya.



Kadang-kadang orang yang bersahabat denagan Jin itu menyangka semua perkara yang dikhabarkan dan di beritahu oleh Jin itu adalah daripada perkara yang berlaku di dalam alam itu adalah Karamah daripada Allah Taala. Sebenarnya sangkaan mereka tersebut adalah tidak benar sama sekali.



Kerana segala pemberian Jin kepada manusia tentang khasiat tumbuh-tumbuhan, khasiat batu permata, akar kayu dan segala khasiat Isim dan huruf itu adalah merupakan salah satu bidang dalam ilmu Kimia semata-mata yang juga boleh di pelajari dan diketahui oleh manusia.



Kata Syeikh Muhyuddi Arabi lagi :



" Sesungguhnya ramai orang yang bersahabat dengan Jin akan menjadi takbur dan sombong dengan kelebihan yang dimilikinya itu.



Sifat takbur merupakan salah satu sifat yang paling di murkai oleh Allah dan akan dimasukkan ke dalam Neraka seperti yang telah dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran dan Hadis RasulNya.



Ringkasnya kita sebagai seorang Islam di tegah daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan para Jin samada Islam maupun Jin kafir kerana keburukannya lebih banyak jika dibandingkan dengan kebaikan yang akan kita perolehi. Jin akan sentiasa merasuk dan mendorong manusia supaya melakukan kejahatan dan maksiat tanpa kita sedari.





Masuknya Jin Kedalam Tubuh Manusia



Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.



Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :



" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".



Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.



Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.



Antaranya



1. Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai sahabatnya.



2. Melalui " saka Baka "



3. Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.



4. Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.



5. Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.



6. Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.



7. Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin .



Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia ) Antara tempat-tempat tersebut ialah :-



1. Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.



2. Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.



3. Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.



4. Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.



5. Berada di ari-ari ( pusat ), menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor



6. Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.



Manusia yang selamat dari ganguaan Jin , Iblis dan Syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah serta beramal dengan syariat Islam.



Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah ialah dengan kita mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah, seperti Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, para ulama dan sebagainya.



Dengan itu Insyaalah akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati sebagaimana mereka, iaitu selamat daripada gangguan para Jin, Iblis dan Syaitan atau seumpamanya.



Kata Ulama : " Kun Ma’Allah fain lam takun ma’Allah, fakun Ma’a man ma’Allah fainnahu yusiluka illallaah "



Maksudnya : " Hendaklah jadikan diri kamu bersama Allah, maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu bersama Allah hendaklah kamu jadikan diri kamu bersama dengan mereka yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah "



Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu adalah seumpama kalbu Alam atau jantung alam atau pusat alam yang dikurniakan oleh Allah daya atau kuasa graviti mengikut darjah ketinggian imam, ilmu dan amalan mereka di sisi Allah. Diri-diri yang lain hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka.





KHADAM



Khadam ialah pembantu atau orang suruhan yang akan membantu tuannya apabila di minta. Khadam pada asasnya terbahagi kepada dua golongan, iaitu :-



1. Khadam Asal.



Khadam asal adalah terdiri daripada rohani Malaikat dan Jin Islam peringkat tinggi yang nama mereka adalah seperti nama malaikat. Ia tidak mendatangkan apa-apa syarat kepada ahlinya untuk berkhidmat. Khadam jenis ini adalah diharuskan oleh syarak.



2. Khadam Bersyarat.



Khadam jenis ini adalah terdiri daripada Jin alam rendah samada terdiri daripada Jin Islam atau Jin kafir. Golongan ini datang kepada ahlinya dengan perjanjian dan beberapa syarat khusus dan umum, samada yang bertepatan dengan hukum syarak ataupun yang diharamkan oleh syarak. Khadam jenis ini adalah diharamkan oleh Islam. Khadam bersyarat ini akan datang menolong ahlinya dengan melalui salah satu daripada cara berikut :-



1. Dampingan Luaran.



Khadam ini akan mendampingi dan menolong tuannya melalui luaran sahaja, iaitu hanya melalui perbuatan, ucapan atau qasad hati.



2. Dampingan Dalaman. Khadam jenis ini juga dikenali sebagai Tanasakhul Aruah atau penjelmaan khadam atau Jin dalam diri seseorang (menurun) dengan menamakan diri mereka, semasa menurun dengan nama-nama tertentu seperti Nabi Khaidir, Panglima Hitam, Wali Songo dan sebagainya.



Jin yang meresap melalui cara ini membolehkan orang yang diresapi itu menunjukkan keajaiban dan perkara-perkara yang luar biasa seperti bercakap dalam bahasa Siam, Jawa, Arab dan sebagainya sedangkan sebelum itu orang tersebut tidak mengetahui sedikit pun bahasa-bahasa tersebut.





Punca Lahir Dan Berkembangnya Amalan-Amalan Karut.



Dari situ amalan Jahiliah mula bertapak semula dan ianya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain sehingga ke hari ini dan seterusnya jika tidak di benteras akan berterusan hingga ke hari kiamat. Amalan yang ada hubung kait dengan puak Jin alam rendah ini pun berpindahlah dari satu jasad ke satu jasad yang lain pada anak cucu cicit pengamal tersebut, yang mana ianya di panggil " SAKA-BAKA " atau " DATUK-NENEK ".



Kebiasaannya kesinambungan ini terjadi dengan anak atau keturunan mereka di suruh menggantikan tempat datuk nenek mereka setelah menerima isyarat-isyarat samada melalui mimpi seperti datangnya seorang tua berjubah putih atau orang tua yang berpakaian hitam atau yang menyerupai datuk nenek mereka yang pada hakikatnya adalah jelmaan daripada Jin, yang menyuruh mereka mewarisi ilmu kedukunan, ilmu latihan pertahanan diri, ilmu perbidanan dan sebagainya atau melalui perjanjian yang di terima daripada ibu atau bapanya sebelum mereka meninggal dunia.



Bagi anak cucu yang menerima amalan dari datuk nenek mereka, mulailah mereka mematuhi syarat-syarat atau juga di kenali sebagai " Jamu Jin " yang telah ditetapkan itu, mengikut jenis Jin yang mereka sahabati tersebut, antaranya :-





Syarat dan Alatan Jamu Jin.



Jika Jin Islam yang soleh dari Alam Rendah.



Antara syarat-syaratnya yang biasa ialah syarat yang tidak bertentangan dengan hukum syarak yang wajib seperti, tidak boleh meninggalkan sembahyang lima waktu, tidak boleh meninggalkan puasa Ramadhan, patuh dan taat kepada kedua ibu bapa, mesti berbuat baik kepada orang tua, tidak boleh makan dan minum benda-benda yang haram, tidak boleh berjudi dan sebagainya.



Pada zahirnya syarat ini nampak baik kerana melaksanakan syariat Allah, tetapi yang menjadi kesalahan pula ialah, ketaatan ini berlaku setelah seseorang itu mengikat janji dengan khadam itu untuk menunaikan hajatnya setelah semua perintah tersebut dilaksanakan dengan sempurna.



Jika Jin Islam yang fasik.



Antara syarat perjanjian yang mesti dipatuhi ialah terdiri daripada perkara-perkara yang harus di sisi syarak seperti, nasi kuning, ayam panggang, bertih, telur separuh masak, darah ayam hitam, kain yang berwarna, bubur merah ( bubur kacang hijau yang di masak dengan gula merah ), bubur putih, bertih yang di tabur di atas telur dadar, tidak boleh lalu di bawah penyidai kain, memakai pakaian khas seperti warna hijau atau kuning dan sebagainya.



Biasanya majlis tersebut diiringi dengan bacaan tahlil dengan menjemput orang ramai kemajlis itu. Meski pun kerja ini baik namun tujuan jamuan itu diadakan adalah bagi memenuhi perjanjian dengan khadam. Perkara dan syarat inilah yang menjadi kesalahan di sisi syarak.



Jika Jin yang kafir.



Syarat perjanjian yang mesti dipatuhi jika khadamnya terdiri daripada Jin kafir ialah melibatkan perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak seperti, ayam hitam yang di sembelih dengan bulu dan darahnya tidak di buang ( semua bulu-bulu dan isi perutnya tidak boleh di buang merata-rata, di panggang dan diletakkan tertiarap di atas pulut kuning atau pulut putih ), kemian yang di asap untuk memanggil Jin, senjata keturunan seperti keris, lembing, pedang untuk di puja dan sebagainya, darah kambing, semah, sangkak, ancak, upih dan sebagainya.



Kebiasaanya upacara seperti ini hanya dilakukan untuk keluarga sahaja atau berseorangan dengan di iringi dengan bacaan serapah, jampi, doa atau kadang kalanya bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Selepas itu samada " Jamu " itu di beri makan kepada keluarganya atau diletakkan di suatu tempat seperti di bawah pokok besar atau di mana yang diarahkan kononnya untuk makanan roh datuk nenek.





Syarat dan Alatan Jamu Jin.



Jika Jin Islam yang soleh dari Alam Rendah.



Antara syarat-syaratnya yang biasa ialah syarat yang tidak bertentangan dengan hukum syarak yang wajib seperti, tidak boleh meninggalkan sembahyang lima waktu, tidak boleh meninggalkan puasa Ramadhan, patuh dan taat kepada kedua ibu bapa, mesti berbuat baik kepada orang tua, tidak boleh makan dan minum benda-benda yang haram, tidak boleh berjudi dan sebagainya.



Pada zahirnya syarat ini nampak baik kerana melaksanakan syariat Allah, tetapi yang menjadi kesalahan pula ialah, ketaatan ini berlaku setelah seseorang itu mengikat janji dengan khadam itu untuk menunaikan hajatnya setelah semua perintah tersebut dilaksanakan dengan sempurna.



Jika Jin Islam yang fasik.



Antara syarat perjanjian yang mesti dipatuhi ialah terdiri daripada perkara-perkara yang harus di sisi syarak seperti, nasi kuning, ayam panggang, bertih, telur separuh masak, darah ayam hitam, kain yang berwarna, bubur merah ( bubur kacang hijau yang di masak dengan gula merah ), bubur putih, bertih yang di tabur di atas telur dadar, tidak boleh lalu di bawah penyidai kain, memakai pakaian khas seperti warna hijau atau kuning dan sebagainya.



Biasanya majlis tersebut diiringi dengan bacaan tahlil dengan menjemput orang ramai kemajlis itu. Meski pun kerja ini baik namun tujuan jamuan itu diadakan adalah bagi memenuhi perjanjian dengan khadam. Perkara dan syarat inilah yang menjadi kesalahan di sisi syarak.



Jika Jin yang kafir.



Syarat perjanjian yang mesti dipatuhi jika khadamnya terdiri daripada Jin kafir ialah melibatkan perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak seperti, ayam hitam yang di sembelih dengan bulu dan darahnya tidak di buang ( semua bulu-bulu dan isi perutnya tidak boleh di buang merata-rata, di panggang dan diletakkan tertiarap di atas pulut kuning atau pulut putih ), kemian yang di asap untuk memanggil Jin, senjata keturunan seperti keris, lembing, pedang untuk di puja dan sebagainya, darah kambing, semah, sangkak, ancak, upih dan sebagainya.



Kebiasaanya upacara seperti ini hanya dilakukan untuk keluarga sahaja atau berseorangan dengan di iringi dengan bacaan serapah, jampi, doa atau kadang kalanya bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Selepas itu samada " Jamu " itu di beri makan kepada keluarganya atau diletakkan di suatu tempat seperti di bawah pokok besar atau di mana yang diarahkan kononnya untuk makanan roh datuk nenek.





Syarat dan Alatan Jamu Jin.



Jika Jin Islam yang soleh dari Alam Rendah.



Antara syarat-syaratnya yang biasa ialah syarat yang tidak bertentangan dengan hukum syarak yang wajib seperti, tidak boleh meninggalkan sembahyang lima waktu, tidak boleh meninggalkan puasa Ramadhan, patuh dan taat kepada kedua ibu bapa, mesti berbuat baik kepada orang tua, tidak boleh makan dan minum benda-benda yang haram, tidak boleh berjudi dan sebagainya.





Pada zahirnya syarat ini nampak baik kerana melaksanakan syariat Allah, tetapi yang menjadi kesalahan pula ialah, ketaatan ini berlaku setelah seseorang itu mengikat janji dengan khadam itu untuk menunaikan hajatnya setelah semua perintah tersebut dilaksanakan dengan sempurna.



Jika Jin Islam yang fasik.



Antara syarat perjanjian yang mesti dipatuhi ialah terdiri daripada perkara-perkara yang harus di sisi syarak seperti, nasi kuning, ayam panggang, bertih, telur separuh masak, darah ayam hitam, kain yang berwarna, bubur merah ( bubur kacang hijau yang di masak dengan gula merah ), bubur putih, bertih yang di tabur di atas telur dadar, tidak boleh lalu di bawah penyidai kain, memakai pakaian khas seperti warna hijau atau kuning dan sebagainya.



Biasanya majlis tersebut diiringi dengan bacaan tahlil dengan menjemput orang ramai kemajlis itu. Meski pun kerja ini baik namun tujuan jamuan itu diadakan adalah bagi memenuhi perjanjian dengan khadam. Perkara dan syarat inilah yang menjadi kesalahan di sisi syarak.



Jika Jin yang kafir.



Syarat perjanjian yang mesti dipatuhi jika khadamnya terdiri daripada Jin kafir ialah melibatkan perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak seperti, ayam hitam yang di sembelih dengan bulu dan darahnya tidak di buang ( semua bulu-bulu dan isi perutnya tidak boleh di buang merata-rata, di panggang dan diletakkan tertiarap di atas pulut kuning atau pulut putih ), kemian yang di asap untuk memanggil Jin, senjata keturunan seperti keris, lembing, pedang untuk di puja dan sebagainya, darah kambing, semah, sangkak, ancak, upih dan sebagainya.



Kebiasaanya upacara seperti ini hanya dilakukan untuk keluarga sahaja atau berseorangan dengan di iringi dengan bacaan serapah, jampi, doa atau kadang kalanya bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Selepas itu samada " Jamu " itu di beri makan kepada keluarganya atau diletakkan di suatu tempat seperti di bawah pokok besar atau di mana yang diarahkan kononnya untuk makanan roh datuk nenek.





Akibat Mematuhi Perjanjian.



Dari saat orang yang berkenaan membuat perjanjian, mulailah mereka mematuhi syarat dan perjanjian itu samada dengan mematuhi segala hukum syarak atau mengadakan " Jamu " untuk khadam-khadam tersebut bagi menjaga kepentingan ( amalan keturunan ) dan menjaga keselamatan diri mereka dan kaum keluarga daripada di ganggu oleh jembalang-jembalang keturunan yang pada sangkaan mereka adalah terdiri daripada ruh datuk nenek mereka.



Setelah persetujuan di terima atau persetujuan secara keturunan di buat ( melalui zuriat ) terjadilah perkara-perkara yang luar biasa ke atas orang yang membuat perjanjian tersebut, antaranya :-



1. Tidak sedarkan diri selama beberapa hari , setelah sedar mereka boleh bersyarah tentang agama atau terus boleh mengubati orang sakit yang pelik-pelik dan sebagainya.



2. Mereka boleh mengadakan dan mewujudkan barang-barang seperti kemian yang di dalamnya terdapat cincin atau batu permata atau dapat mengambil barang-barang yang di tanam oleh orang tanpa pergi ke rumah tersebut dan sebagainya.



3. Boleh dan mahir latihan pertahanan diri walaupun sebelum ini beliau tidak pernah belajar apa-apa jenis latihan pertahanan diri.



4. Boleh menjadi Tok Bidan bagi menolong orang perempuan yang hendak bersalin.



5. Boleh menjadi Tok Dukun atau Tok Pawang yang boleh menurun / menyelap dengan mendakwa dirinya sebagai Nabi Khaidir, Syeh Abdul Kadir Jailani, Panglima Hitam, Wali Songo atau Tok Hijau dan sebagainya.



6. Boleh menjadi Tok Keramat yang mahir dan boleh bercakap tentang ilmu-ilmu agama dan mampu melakukan perbuatan yang pelik-pelik dan luar biasa seperti berjalan di atas air, ghaib dan sebagainya.



7. Sesetengahnya jika penerima tersebut adalah perempuan, maka beliau akan disetubuhi terlebih dahulu oleh Jin (khadam ) tersebut sebagai tanda perhubungan telah terjalin.



Semua kelakuan dan kebolehan tersebut mengikut apa yang telah mereka warisi daripada perhubungan dengan khadam-khadam yang terdiri samada Jin Islam atau Jin kafir.



Setelah perjanjian dipersetujui mulalah mereka mengadakan upacara-upacara tertentu sebagai pemujaan terhadap khadam tersebut, seperti mengadakan majlis jamuan atau tahlil setahun sekali dan di arah mengunjungi kubur kubur yang di anggap orang-orang soleh atau wali-wali Allah dengan membawa makanan tertentu atau seperti yang telah dipersetujui dengan menyajikan makanan-makanan khas seperti, pulut kuning, pulut putih, terlur separuh masak, kelapa muda, kemian, ayam panggang, kuih muih yang terdiri daripada 7 jenis,berjenis-jenis dan berbagai-bagai lauk pauk dan sebagainya.





Kesan Akibatnya Ke Atas Pengamal Amalan Ini .



Sekiranya tidak di lakukan upacara seperti di atas maka segala hajatnya tidak ditunaikan atau si waris atau keluarganya akan mendapat kesusahan dan bencana, samada semasa masih hidup, di saat-saat kematiannya dan setelah kematian. Contohnya seperti :-



Semasa Masih Hidup



a. Hidupnya sentiasa bermasalah



b. Berniaga tidak menjadi, buatlah kerja apapun tidak akan berjaya, seolah-olah ada sahaja yang menghalang



c. Banyak halangan dalam pekerjaan yang diceburi.



d. Sering sakit yang pelik-pelik yang tidak dapat di kesan oleh doktor seperti histeria, gila isim, panas baran, dapat anak yang cacat dan huduh rupanya, selalu tidak sedarkan diri, sakit kepala bila tiba waktu pagi, waktu matahari jatuh, keluarga selalu berkelahi, di ganggu mimpi ngeri dan menakutkan dan sebagainya.



e. Hilang anak dalam kandungan hasil tumpangan Jin semasa melakukan persetubuhan dan sebagainya.



Di Saat-saat Kematian.



Saat kematian orang yang bersahabat dengan Jin biasanya amat menyulitkan kerana kesukaran untuk melepaskan diri daripada khadam Jin yang telah sekian lama menjadi teman karibnya. Antara syarat-syarat untuk kematian atau memudahkan kematiannya iaitu bagi membolehkan Jin khadamnya keluar ialah :-



a. Perlu membuka perabung rumah



b. Mesti mencungkil lantai rumah



c. Menyapu sedikit tanah ke muka pesakit



d. Membubuh ranting kering di atas dada si sakit 



e. Membuat tujuh jenis kuih dan di panahkan ke bukit



f. Memecahkan dinding rumah si sakit



g. Meletakkan si sakit di rumah kosong.



Kematian.



Kadang-kadang berlaku juga kejadian yang aneh-aneh ke atas si sakit yang bersahabat dengan Jin ini sewaktu kematiannya. Antara kejadian-kejadian tersebut adalah seperti ;-



a. Mati sudah dua atau tiga hari tetapi masih kelihatan hidup dan sangat kuat makan, bila sudah mati mayat itu telah berbau busuk dan hampir reput.



b. Mayat ditumbuhi bulu yang banyak



c. Mayat di bawa lari oleh puak-puak Jin



d. Mata dan mulut mayat kelihatan ternganga dan kelihatan ngeri



e. Selepas kematiannya kadang kala didapati diri si mati itu ( sebenarnya Jin peliharaannya ) balik semula kerumah dan ada yang tidur serta bersetubuh dengan isterinya. ( yang pada sangkaan isteri si mati, bahawa suaminya itu hidup semula atau bekas suaminya itu keramat atau wali )



f. Sesetengah mayat pula selepas kematiannya hilang di bawa lari oleh Jin peliharaannya ke dalam hutan untuk santapan puak-puak Mereka.