Jumaat, 13 Ogos 2010

CARA BERBUKA PUASA YANG BETUL

CUBA kita perhatikan cara dan kerenah orang berbuka puasa setelah seharian berpuasa. Cara kanak-kanak berbeza dengan dewasa manakala lelaki berbeza dengan wanita.

Tata Cara Berbuka
Dalam hal berbuka ini ada tata cara yang harus kita ikuti. Tata cara itu sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad Saw dalam salah satu haditsnya yang berbunyi: “Apabila berbuka salah satu kamu, maka hendaklah berbuka dengan kurma. Andaikan kamu tidak memperolehnya, maka berbukalah dengan air, maka sesungguhnya air itu suci.”
Biasanya rasulullah kalau berbuka didahului dengan meminum air zam-zam atau air putih yang kemudian diiringi dengan beberapa biji kurma. Yang demikian itu boleh dikatakan sebagai mukadimah.

Awali dengan do’a
Setidaknya ketika akan berbuka bacalah bismillah. Dan akan lebih bagus lagi, lalu diiringi dengan do’a. umpamanya do’a sebagai berikut: “Allaahummalaka shumtu wabika aamantu wa‘alaa rizqika afthortu dzahaba zhomau wa abtal-latil ‘uruuqu wa tsabatal ajru insyaaa Allaahu ta’alaa birohmatika yaa arhamar-rohimiin.” (Yaa Allah! Karena-Mu aku berpuasa, dan kepada-Mu aku berbuka. Dahaga telah hilang, urat-urat telah basah (segar). Mudah-mudahan tetap pahalanya. Dengan rahmat-Mu, wahai dzat yang Maha Pengasih)

Dan akan bertambah bagus lagi, kalau seusai berbuka, setiap selesai makan, bacalah do’a sebagai berikut: “Alhamdulillaahil-ladzii ath ‘amanaa wasaqoonaa wal’alnaa minasy-syakiriin” (Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami. Dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang bersyukur)

Ada yang makan beberapa biji kurma dan meminum segelas air. Selepas itu baru menjamah makanan ringan seperti kuih-muih. Setelah berehat seketika, mereka menunaikan solat Maghrib sebelum sambung semula makan hingga kenyang.

Tetapi ada meminum satu atau dua gelas air dan memasukkan semua lauk dalam satu pinggan dan memakannya hingga kenyang. Adakah cara itu yang digalakkan dalam Islam dan bagaimana pula kaitan puasa dari segi kesihatan?

Sebenarnya, pakar perubatan turut mengakui berpuasa mampu menjana kesihatan lebih baik kepada manusia.

Ini kerana beberapa perkara akan berlaku disebabkan berpuasa dan ia cukup baik untuk kesihatan seperti pembuangan toksik serta bahan buangan.

Toksik dan bahan buangan itu dikeluarkan melalui nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau, dan mungkin juga kerap kencing serta buang air besar selepas beberapa hari berpuasa.

Seseorang yang berpuasa juga mungkin mengalami sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksik keluar daripada lemak ke darah sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selesema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Kaedah terbaik ketika berbuka:
# Berbuka dengan buah termasuk kurma dan sedikit kuih-muih serta seteguk air.
# Kemudian solat Maghrib terlebih dulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan.
# Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas.

Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan kekacang.
# Kurangkan kadar makanan daripada biasa.
# Jangan minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak berlaku.
# Minum air putih, teh herba atau minuman mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak mungkin.

Cara berpuasa yang boleh memudaratkan:
# Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka).
# Makan makanan pedas dan berempah serta payah hadam.
# Makan terlalu banyak daging binatang, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.
# Mengulangi makan sepanjang malam.
# Kurang minum air pada malam atau lebih minum air ketika makan.
# Tidur selepas kenyang makan.

Bagaimanapun, umat Islam perlu beringat dan tidak lupa diri selepas Ramadan kerana amalan ketika Aidilfitri juga boleh merosakkan manfaat puasa seperti:
# Makan banyak (terutama daging, berempah, berlemak dan berminyak).
# Makan kerap.
# Kuih-muih yang payah dihadam.
# Air mengandungi pewarna, perasa tiruan.

Mesej utama ialah, pembaziran juga ‘pembunuh’ manusia kerana hidup dalam keadaan terlalu mewah tanpa berusaha menjaga kesihatan menjadi punca kepada pelbagai penyakit.

Istiqamah Amalan Sepanjang Ramadhan.

Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat Ilahi kepada hambaNya, kerana hanya Ramadhan disebut namanya oleh Allah di dalam Al-Quran, sedangkan bulan-bulan lain tidak dinyatakan namanya oleh Allah. Ini satu penghormatan Ilahi kepada Ramadhan serta pengisytiharaan Ilahi kepada seluruh umat manusia. Lantaran itu kehadiran Ramadhan hendaklah dilihat dari pelbagai perspektif positif bagi menjadikannya pemangkin kepada perubahan.

Antara musuh utama yang diisytiharkan oleh Allah bagi manusia ialah syaitan,
sebagaimana firman Allah: "Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu, maka hendaklah kamu perlakukannya sebagai musuh". Syaitan yang menjadi musuh utama itu telah dibelenggu oleh Allah sepanjang Ramadhan.

Ini satu lagi rahmat Ilahi kepada hambaNya dalam bulan Ramadhan.Menyedari syaitan bukan lagi menjadi halangan bagi muslim sepanjang Ramadhan, maka yang tinggal hanyalah hawa nafsu yang juga menjadi keperluan manusia. Nafsu bukanlah semua negatif, kerana adanya nafsu mutmainnah yang membina nilai positif, hanya nafsu amaarah yang mendorong ke arah nilai negatif.

Namun yang biasa kita lihat semakin hampir ke penghujung Ramadhan, semakin berkuranglah jamaah. Sedangkan diakhir Ramadhan lah dipenuhi dengan hari-hari Allah melepaskan manusia dari azab neraka. Persoalannya bagaimanakah untuk istiqamah. Maka empat jalan yang disarankan:

1. Lakukan amal ibadah secara sederhana, ringan tetapi berkekalan. Jangan ghairah di awal sehingga menjemukan.

2. Memikirkan banyaknya kesalahan dan dosa dengan Allah, yang menuntut kita membanyakkan bekalan amal ibadat dan bertaubat   dari dosa tersebut.

3.Semua keberkatan, rahmat dan keampunan yang ada dalam bulan Ramadhan akan berakhir, maka kita mesti mengambil peluang ini sebelum ianya berakhir.

4.Mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan akhir dalam kehidupan kita, maka kita mesti mengambil kesempatan sepenuhnya.

"Ya Allah, jadikalah awal Ramadhan ini sebagai hari-hari terbaik dalam kehidupanku, dan jadikan aku orang yang sabar dipertengahan Ramadhan dan perkuatkan imanku pada akhir Ramadhan agar dengannya aku dikasihi olehMu, diampuni seluruh dosaku dan diberkati baki-baki dari umurku." Amin...

Dipetik dari blog Tuan Ibrahim Tuan Man

Isnin, 9 Ogos 2010

Selamat Berpuasa


SIRI 1 : AWAL AL-MUBARAK

"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.



Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Selamat Berpuasa dan wassalam

Sabtu, 7 Ogos 2010

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.
Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?

Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.
Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Wa’allahualam…

Jumaat, 6 Ogos 2010

Segalanya Kerana Niat



Menjelang ramadhan setiap kita berusaha meningkatkan pembersihan jiwanya. Mendekatkan diri kepada Allah. Mengakui sesuatu yang benar itu benar sekalipun ia menyanggahi kepentingan dan kehendak diri kita. Mengakui yang salah itu salah, sekalipun kita sudah terbabit dengan yang salah tersebut.

Ini bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan kekentalan jiwa yang dibina di atas niat yang ikhlas dalam perjuangan hidup di atas muka bumi ini. Hidup yang berteraskan keyakinan bahawa setiap kita akan mengadap Allah s.w.t, dan Dia menghisab segala amalan baik dan buruk yang telah kita lakukan.

Perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam jantung hati, atau niatnya. Perbuatan yang dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan. Tidak lebih daripada itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan, harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat.

Justeru dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).
Salah Faham

Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.

Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan. Tepat bak kata tokoh ilmuwan terkenal al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):
“Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya.
Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat.
Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin.
Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144).

- Gambar Hiasan

Dr Yusuf al-Qaradawi pula menyebut:
Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu mudah, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was” (http//:qaradawi.net).
Salah Niat
Penegasan niat sering kita sebutkan apabila hendak solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah khusus yang lain. Malangnya, itu pun dengan konsep yang ‘silap’ seperti yang dijelaskan oleh dua tokoh ilmuwan di atas. Sehingga ada yang mempersendakan konsep niat dengan membuat ungkapan-ungkapan yang kononnya mewakili niat, walaupun ada maksud tersirat yang lain.
Berapa banyak operasi kewangan yang menggunakan nama ‘Islam’ dengan berbagai lafaz ketika akad, tetapi maksud yang tersirat berbeza dengan lafaz di lidah. Maka berbagai keuntungan yang sebahagiannya mempunyai unsur penindasan dan kesamaran dibuat atas nama Islam dengan kata-kata yang indah, walaupun niat sebenar amat berbeza. Sebabnya? Orang kita faham niat itu bermaksud lafaz.

- Gambar Hiasan
Maka niat atau hasratlah yang tersirat di sebalik setiap tindakan. Kita diperintahkan untuk mengikhlas niat kerana Allah dalam ibadah. Membetulkan tujuan setiap tindakan. Inilah yang menjadi antara tujuan utama pendidikan Ramadan. Justeru itu Nabi s.a.w menyebut dalam hadis qudsi:
“Semua amalan anak Adam untuknya, melainkan puasa. Ianya untukKu dan hanya Aku yang membalasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Puasa adalah manifestasi keikhlasan yang ada dalam jiwa. Tiada siapa yang boleh tahu seseorang benar-benar puasa atau menipu melainkan Allah. Puasa bukan pergerakan jasad yang boleh dilihat, tetapi pengawalan dalaman diri yang hanya diketahui oleh Allah.
Jika ruh puasa dibawa dalam kehidupan, maka pasti banyak masalah umat Islam hari ini dapat diselesaikan. Umat kita hari ini fakir dan miskin ‘niat yang ikhlas’ dalam banyak keadaan. Walaupun niat tidak dapat kita lihat, namun sebahagian besar tindakan dan perbuatan insan mampu memberikan tanda atau menafsirkan niat yang tersirat.
Kita kemarau keikhlasan dalam ilmu, pergaulan, persaudaraan, politik, muamalat dan berbagai cabang kehidupan. Inilah krisis kita. Setiap kita, termasuklah yang menduduki tempat yang penting dalam masyarakat menyimpan niat yang berbagai. Politik umpamanya, sepatutnya setiap individu yang terlibat dalamnya, mengikhlaskan niat kerana Allah, dengan itu maka semua tindakannya dipastikan memenuhi tuntutan keperluan umat dan rakyat.
Namun, apabila ahli-ahli politik muslim menempatkan niat yang lain, maka tujuan politik yang sepatutnya menuju kepada kepentingan umat dan rakyat bertukar menjadi agenda parti atau peribadi yang akhirnya menyusahkan rakyat. Demikian juga urusan agama, sepatutnya ilmu Islam itu membimbing manusia memahami kehendak al-Quran dan Sunnah, tapi telah dijadikan agenda peribadi untuk mengaut untung, atau perniagaan, atau kuasa atau seumpamanya, akhir agama menjadi alat pencapai matlamat peribadi dan kumpulan. Maka, politik tidak mengenai tujuan, urusan agama pun tidak mencapai matlamat.
Hari ini kita melihat banyak pihak yang seruannya indah, bahkan sebahagian menggunakan nama Islam, tetapi jalan dan tindakannya amat berbeza dengan ajaran Islam. Apa sebabnya? Semuanya kerana niat. Slogan memang cantik, ramai yang boleh buat dan ada-adakan, namun niat siapa yang tahu?





Renungkan Sejenak


Hari ini kita memiliki bangunan bangunan yg tinggi dan lebuhraya yg lebar, tetapi tabiat dan perangai kita masih lagi rendah..
Kita banyak meluangkan, namun sedikit kegembiraan..

kita mempunyai rumah yg besar, namun keluarga yg kecil..
Kita mempunyai sifat tolak ansur, namun kesuntukan masa..
Kita mmpunyai banyak ilmu, namun kurang keadilan..

Kita mempunyai banyak ubat, namun kurang kesihatan..
Kita telah mengembangkan keupayaan kita, namun mengurangkan nilai kita..
Kita banyak bercakap, namun kurang menyayangi dan banyak membenci..

Kita telah sampai ke bulan dan telah kembali, namun kita menemui kesukaran untuk merentasi jalan kita sendiri dan menemui jiran jiran kita..
Kita telah berjaya menakluki angkasa lepas, namun tidak di bumi.
Kita mempunyai pendapatan yg tinggi, namun moral yg terlalu rendah..

Zaman ini kita mempunyai kebebasan, namun kurang kegembiraan..
Kita mempunyai banyak makanan, namun kekurangan zat..
Kini kita mempunyai dua sumber gaji(pendapatan), namun penceraian masih terus meningkat..
Kini rumah semakin selesa, namun rumahtangga semakin retak..

Inilah sebabnya kenapa kami anjurkan pada hari ini..
Kita tidak memiliki sesuatu apa pun untuk hari istimewa, kerana setiap hari yg kita lalui merupakan suatu hari yg istimewa..

Timbalah ilmu, banyakkan membaca, duduklah dihadapan serambi, dan kagumilah permandangan tanpa memberikan perhatian kepada keperluan..
Lalui lebih lama masa bersama keluargamu, makanlah makanan kegemaranmu, lawatilah tempat yg kamu idam idamkan..

Kehidupan adalah satu rantaian keseronokan sementara, ia bukan satu perjuangan untuk terus hidup..
Marilah kita beritahu kepada keluarga dan kawan kawan kita berapa banyaknya sayang kita pada mereka..
Jangan tangguhkan sesuatupun yg mana menambahkan kegembiraan dalam hidup anda..
Setiap hari, jam dan minit adalah berharga..

Dan anda tidak akan tahu sekiranya ia adalah yg terakhir bagi anda..
Fikirlah apa yg baik bagi kamu, kami dah tiada idea untuk tulis bebanyak..
Semoga kita menjadi insan bahagia sepanjang masa..

Sila hantar fail ini untuk semua kawan kawan untuk mendapat sedikit renungan..

sekian..

Khamis, 5 Ogos 2010

~Untuk Sahabat~



Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

Duhai sahabat..

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?


Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya.......

Lihatlah Diri Kita






Teringat pesan ayahanda."sudahkah di Qada' Solat yang
lepas-lepas?"
Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa
usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari
mula akil baligh kita.Subhanallah, betapa alpa nya
kami.sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...

Peringatan buat diriku yang sering lupa..
Adakah kita seorang Islam??
Pernahkah kita terfikir... Hidup kita
ini hanyalah sementara.Sampai masanya kita akan
pergi menemui Allah.
Apakah bekalan dan persediaan
kita menempuh hari kematian.
Dalam kita mengejar
kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan
hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita?
beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih
ihsan dan kasih sayang Allah.
Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin
tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu,
kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah..
gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini
sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah
kita benar-benar menginsafinya.

Semua ini juga adalah bala!!
Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar
seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa
kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke
Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah
kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah
kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin... walhal
semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang
ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita
fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak
bersyukur.

Adakah kita yakin kita seorang Islam???
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah
walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis
sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai
Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih
leka di buai perasaan.. Tidakkah kita berasa rugi
kerana kurang berzikir kepada Allah..Tidakkah kita
berasa rugi kerana kurang berselawat kepada
Rasulullah...

Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak..
jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang
berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita
yakin kita bertuhankan Allah???? Maka, mengapa kita
tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih
mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu
menuntut ilmu.Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat.
Feqah dan Tasauf...

Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu
tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal
menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah
kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang
berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita
sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.

Ketahuilah...sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada
mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa,
kejahilan boleh menyebabkan dosa.
Dosa!!! Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh
menghapuskan dosa seharian???Apakah kita begitu yakin
untuk menempuh hari akhirat???? Siapakah kita menjelang
hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah
kita berhadapan dengan malaikat maut.

Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada
daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.
Kita pergi kuliah,pergi kerja ** kita yakin kita telah
menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin solat
kita tidak tercela? Kita makan ... ** kita yakin
rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum ...
** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum
seperti yang kita minum sekarang? Kita ketawa ... **
kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam JAVA,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ..** kita yakin
semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah
kubur? Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia
sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita
sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita
sakit .. * * kita tidak malu pada Allah kerana menarik
balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari
sekepal tanah yang hina dina..betapa hinanya kita...
tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.

Bersedialah menempuh hari selepas kematian,
bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah
cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang
PASTI......!!!! Siapa kita....???? Wallahu'alam -

JKIM :

4 ibu utama

A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
C ) Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang yang tidak melakukan sholat pada :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isha' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Selasa, 3 Ogos 2010

REALITI ATAU ILUSI?






Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bacalah dengan hati yang tenang dan terbuka kerana ia mungkin sama sekali bertentangan dengan kefahaman kita tentang dunia yang kita duduki ini.

- Pernahkan kita terfikir kenapa kita perlu bekerja 9-5 setiap hari hanya untuk dapat gaji yang cipy tapi boss yang kerja lebih kurang dapat pendapatan yang jauh lebih besar?

- Pernahkan kita fikir kenapa kita kena belajar di sampai melepasi Universiti seolah-olah hanya sekolah dan Universiti itu tempat menimba ilmu?

- Pernahkan kita fikir kenapa manusia perlu hidup dengan duit? sedangkan burung yang berterbangan dapat hidup tanpa perlu duit pun.

-Pernahkah kita ada duit yang cukup walaupun buat overtime dan buat part time job?

- Kenapa dalam tempoh 10 tahun ni harga barang naik mendadak?

-Kenapa Umat Islam lemah bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia?

semua persoalan ni mungkin tak pernah bermain di fikiran manusia biasa yang hanya fikir "aku belajar elok2, dapat pointer 3.0 ke atas, dapat ijazah, mesti dapat kerja bagus dan gaji besar, lepas tu kawin, dapat anak, besarkan anak, hantar anak gi skolah, pergi Uni, biar diorang kawin, dapat cucu, main ngan cucu, kalau sempat tengok cucu masuk Uni, kalau tak sempat, aku mati dulu".

Bagi sesetengah manusia pula, mereka kata "dunia ni dalam satu Order, tapi Order yang bagaimana? ya, seperti yang dinyatakan di atas, hidup manusia telah "diskripkan" oleh satu pihak. Ianya adalah Order of Slavery tapi 99.99% manusia menyangka mereka hidup bebas. Untuk menjamin kejayaan memperhambakan manusia, mereka perlu "dikawal". Dan alat yang digunakan untuk mengawal manusia adalah WANG @ Duit. Manusia dimomokkan dengan kepercayaan bahawa tanpa duit, mereka tak boleh hidup. Lihatlah dunia hari ini, manusia sanggup berbunuhan sesama sendiri untuk duit. Tapi! bila manusia menjadi hamba, siapa pula TUANnya? Tuannya adalah Iblis, Dajjal and the geng.

Sampai sini, ada tak rasa macam dunia yang kita hidup ni sebenarnya mengarut? Sabar, sebab perkataan mengarut tak cukup negatif untuk menjelaskan betapa "mengarutnya" dunia ni sebenarnya.

Perihal 1 Wang dan Ekonomi
Apakah itu duit? dan apakah itu inflasi? apakah itu cukai dan apakah itu bunga@interest@faedah?

Sebenarnya, Manusia apabila lahir, ibarat satu kain kosong. Mereka dicorakkan dengan kepercayaan oleh ibubapa mereka yang juga dicorakkan oleh nenek moyang mereka. Kebiasaannya, apa yang dikatakan kepada mereka adalah "belajar baik2, dapat kerja baik, gaji besar, hidup senang". Perkara ini adalah satu rancangan teliti oleh pihak Dajjal. Di awal perancangan mereka, sistem ekonomi diacu supaya kata2 itu menjadi satu kebenaran, tapi ini di kala 60-an. Siapa yang pandai, kerja bagus, gaji besar akan hidup senang. Orang lain di kampung menjadi cemburu melihat Mamat atau Awang yang belajar di sekolah Mat Saleh dan bekerja di bandar balik kampung pakai kereta. Oleh itu, mereka mengatakan kepada anak mereka supaya belajar pandai2 dan pergi ke bandar, lupakan sawah dan bendang, lupakan ayam,kambing dan lembu.

Demikian yang berlaku dair generasi ke generasi sehingga saat ini, 99.99% manusia percaya bahawa "kerja baik, gaji besar" adalah satu matlamat hidup. perhatikan frasa "gaji besar".. ia bermaksud apa? DUIT! Manusia pada peringkat awalnya percaya bahawa "gaji besar" adalah satu kemewahan, namun, pada masa kini, "gaji besar" adalah satu KEMESTIAN! Manusia mahu tak mahu terpaksa buat apa sahaja untuk menambah pendapatan, baik dengan kerja lebih masa mahupun melakukan kerja sambilan. Ini menambah masa bekerja mereka dan mengurangkan masa dengan keluarga dan masa untuk kehidupan sendiri. Apabila masa diluangkan untuk kerja melebihi masa untuk kehidupan sendiri, apakah gelaran yang sesuai bagi mereka? Pekerja? atau Hamba? Anda tentukan.

Geng2 Dajjal memanggil sistem belajar-masuk U-kerja-kawin-mati ni sebagai Benedectine Order. Demi menjayakan lagi program ni, mereka mengenalkan sistem ekonomi berdasarkan hutang dan bunga. Sedap bunyinya, bunga, walhal dalam Islam, ianya dipanggil RIBA dan riba adalah HARAM. Ada yang berkata "kami terpaksa bekerja untuk hidup", jadi, untuk golongan macam ni, eloklah jawba soalan ni. Burung2 yang berterbangan di langit, Harimau di hutan, ikan di air, ulat di dalam batu, siapakah yang memberi makan dan rezeki kepada mereka? jawapannya adalah Allah swt. Jadi, sebagian dari kita yang sibuk bekerja di bank walaupun tahu bank menjana pendapatan dari sumber riba tak sanggup letakkan jawatan kerana takut tak makan, rela bagi anak bini makan duit syubhah. Kenapa? Sebab bagi mereka, pekerjaan mereka yang bagi rezeki, bukan Allah swt. Nampak tak apa ini? Ini adalah satu bentuk pensyirikan! Tapi tak ramai yang menyedari bahawa mereka hari2 mensyirikkan Allah.

Disebabkan manusia bergantung kepada duit untuk hidup, maka Dajjal dan geng-geng dia pun seronok terkinja-kinja macam anak muda kita menari kat konsert Sure Heboh dan Gig. Diorang pun buat satu plan baek punya! Sebab manusia ni suka sangat duit, kita bagi lagi duit bagi mereka banyak duit tapi takde nilai. Perasan tak sekarang ni walaupun kita ada rm 50, tapi bila pergi kedai beli bahan basah, dapat beli tak banyak pun. 10 tahun lepas, rm 10 dapat beli ikan, sayur dan ayam. Ini adalah disebabkan INFLASI. Apakah inflasi itu? Inflasi berpunca dari RIBA yang terpaksa dibayar oleh negara apabila berhutang atau dengan kata lain, kerajaan berhutang, rakyat bayarkan ribanya. Jadilah ekonomi makin sempit sampai rakyat kena buat 2-3 kerja dalam satu-satu masa.

Tapi jangan bimbang. apa yang ditulis kat sini cuma satu je dari beribu2 bahagian ilusi dalam hidup kita yang direka oleh Dajjal. Semuanya dioleh dengan baik oleh media massa, terutamanya kotak empat segi yang mengeluarkan cahaya kat bilik kita tu. Terpulang la nak percaya atau tak tentang apa yang aku tulis ni. Last sekali, ayat yang aku quote dari Morpheus kepada Neo dalam The Matrix.

"Usually we don't give these pills to someone at your age because they have problem of letting go"